Monday, December 28, 2009

Pulangnya Si Pari-Pari

Akhirnya si pari-pari itu pulang ke alam Fantasinya sendiri. Yang penuh dengan kisah dongengan dan khayalan. Dunia si pari-pari yang penuh dengan keamanan,damai,tanpa gangguan. Wahai si pari-pari...dunia realiti itu bukan tempat mu.

Pulang lah..tinggalkan kesedihan mu di dunia realiti ini..

Saturday, December 26, 2009

MAAF KAN AKU

Kehadiran diri bukanlah untuk menambah luka di dada
Tidak pernah ada terdetik niat di hati untuk mencetus keresahan dalam jiwa
Mungkin..dan aku mengaku..mungkin aku tersalah langkah dan tersalah menilai
Tapi sumpah demi ALLAH..aku tidak bermaksud merobek dan merosakkan kehidupan 'mu'

Kesedaran ku sudah menguasai diri..dan kini aku faham dan MAAF ku pohon dari 'mu'
Tapi..bagaimana harus aku lakukan..aku tidak tau..berdiam diri? dan menjauh??
Ingin aku bertemu dengan 'mu'..tapi aku tidak pasti apa yang perlu di perkatakan

Aku memohon ampun dan maaf dari 'mu'..
Aku sungguh dan sungguh tidak bermaksud begitu.
Kita punya hati yang sama.."HATI SEORANG WANITA" dan aku akan berbuat sesuatu
Dengan harapan mampu mengubah segalanya.

Saturday, December 12, 2009

2009 - 2010

18 hari lagi,tahun 2009 akan melabuhkan tirainya. Bila aku renung-renung dan recall balik sepanjang tahun 2009 ni, banyak betul kenangan. Hahahahaha..kenangan saja yang banyak. Tapi pencapaiannya ntah mana. Buruk betul! hahahhahhaha..
Ya..banyak betul kejadian sedih,happy dan yang tidak di sangka-sangka pun banyak yang jadi d tahun 2009..hehehhehe..hanya aku saja yang tahu...

Tapi best..sangat best. Macam akhir-akhir ni..ramai pula kawan-kawan lama berjejak kasih kembali. Macam-macam cerita yang aku dengar. Ada pula tu..bila sudah berjejak kasih macam ni..ambil lah peluang pula meluahkan perasaan..hahahhaha..perasaaan dulu-dulu kunun..yang tidak terucap. Sebab dulu tidak hensem..sekarang sudah rasa hensem dan berkeyakinana..hahahhaha..lawak.

Tapi sekurang-kurangnya dia berani meluahkan apa yang ada dalam hati dia. Alah bila kita rasa sunyi..dan jumpa pula kawan-kawan lama, macam-macam lah perasaan lama yang terluah.

Tahun 2010 bakal tiba. Tidak ada apa-apa yang aku harap kan di tahun 2010 ni..cuma mahu hidup yang lebih baik. Dan peruntukan kebahagian untuk aku tu bertambah sedikit. Dan semestinya NAIK GAJI!!! itu penting..


Friday, December 11, 2009

me and myself

Thursday, December 10, 2009

Geng Stor

Ini lah geng-geng stor yang selalu happy. Datang ribut ka..taufan ka..melanda stor..geng ni tetap cool dan mainten.dari kiri Mami jumie, Watie, Aslan dan Eilla, ada 3 lagi tapi teda dalam gambar.

Ini gambar aku ambil time stor open house sempena hari raya puasa tahun lalu. Tidak cukup meja, so yang lain duduk lantai saja. "make urself comftable geng.." Gambar dari kiri Watie,Mohd chip rotary, Aslan,Kak Minah,Ena PO,Eilla dan Mami Jumie.




Emmmm...nyumm..nyumm....sedapnya..Ini lah keistimewaan stor. Selalu ada makan2. Kalau raya mesti ada open house. Kitaorg pakat2 sedia kan makanan. Setiap orang bawa sejenis lauk. Ada rendang daging..ayam lengkuas..sate..nasi himpit..buras pun ada.."jemput..jemput..kalau malu lapar nanti.."



hahahaha...yang ni gambar geng stor dengan The Three King Kong. Hahahahahaha....yang kat belakang tu takyahlah di perkenalkan. Depan saja .dari kiri Mr.teo production manager,Mr wong operation manager, Mr.Liew factory manager. Time ni tiga-tiga muka comel..tapi kalau sudah datang 'bulan' emmm..bergegar dunia MESB. Hahahhahahahha..

Hehehehe...yang ni lah juru gambar..Cantik ka?? hahahhahaha..puji diri sendiri lah "cantik!!!" berbaju pink itu Ena. One of my best friend...

Indahnya ciptaan TUHAN

Lihatlah betapa indahnya ciptaan TUHAN. Bukan selalu kita dapat menyaksikan keindahan sepeti ini. Kalau ada pun jarang-jarang sekali kita hargai. Damai dan tenang.


Keindahan ciptaanNYA tidak ada tolok bandingan. Kadangkala kita memuji tapi kita seolah lupa akan penciptaNYA dan terlupa untuk bersyukur...

Wednesday, December 9, 2009

Milik aku

Dalam duniaku kebahagian itu milik aku
Tidak milik orang lain..
Tidak milik si kakak tiri..atau
Tidak milik si ibu tiri..
Dalam duniaku kebahagian itu milik aku
Tidak perlu menjadi pungguk merenung bulan..
Tidak perlu mengharap sang bintang memberi senyuman..
Tidak perlu menunggu sang putera datang menghulur tangan..
Dalam duniaku kebahagian itu milik aku
Dan dia adalah milik aku..
Sepenuhnya milik aku..
Dan bukan milik orang lain..

Tuesday, December 8, 2009

Ikhlas ka?


Ikhlas ka???

siapa yang tau kau ikhlas ..

siapa yang tau dia ikhlas..

siapa yang tau orang-orang yang datang menghulur bantuan itu ikhlas..

siapa yang tau mereka-mereka yang tersenyum manis berjabat salam itu ikhlas..

kita tidak tau..

hanya kau..

hanya dia..

hanya orang-orang itu..

hanya mereka-mereka yang berjabat salam itu..

dan hanya TUHAN yang tau..

Sunday, December 6, 2009

Adik aku cakap...

Adik aku cakap...
jangan pernah sesekali kita lupa wajah sebenar kita....
walau seburuk mana..sejelek mana pun ia..itu adalah kita..
jangan pernah menyesal jika wajah kita tidak secantik yang kita harapkan dan impikan...sebab hanya orang-orang yang benar-benar menghargai kita saja yang tahu menilai wajah sebenar itu
Adik aku cakap...
cuba lihat ke dalam air...wajah siapa yang kau akan nampak..
kau kocak lah air itu..dan kau lihat lagi..wajah siapa yang kau nampak...dan kau kocak lah lagi..sekuat hati...biar sampai air itu kabut...dan bila air itu tenang kau lihatlah..wajah siapa yang kau akan nampak..Ya..kau hanya akan nampak wajah kau sendiri..wajah sebenar kau sendiri....

Saturday, December 5, 2009

Mimpi


Semalam aku bermimpi...
sangat indah mimpi itu..
sangat indah..tenang dan damai sungguh..

Dalam mimpi itu,aku berjumpa sesuatu
yang sudah lama aku cari-cari...
aku pegang..aku peluk..aku kucup..aku belai...

Sangat indah mimpi itu..
hampir seluruh pelusuk dunia fantasiku aku jelajah..
dan ia muncul dalam mimpi..membawa seribu harapan..

Sangat indah mimpi itu...
ia menghulur cahaya..sangat terang..aku capai..aku rasa..
ia senyum..dan memberi harapan lagi..

Sangat indah mimpi itu..
tapi itu mimpi semalam...
dan aku bermimpi dalam duniaku yang penuh fantasi..

Friday, December 4, 2009

Wajah-wajah ceria


Lihatlah betapa keceriaan yang tergambar di wajah-wajah kecil ini.. Keakraban yang telah terjalin d bangku sekolah mampu kah di bawa hingga ke alam dewasa???
Andai dunia ini di penuhi dengan wajah-wajah seperti ini, bagus kan...

SHARY

Bila korang taip Shary dan klik find friend di Facebook..banyak betul nama Shary keluar.
Ada sorang kawan FB aku tu, aku rasa dia ni pengumpul kawan-kawan yang bernama Shary. Boleh tahan ramai juga kenalan dia.

Rasa-rasanya macam dari semua negara ada. Ada tu hampir sama dengan nama bapa aku juga..hahahahha..kalau lah dapat berkumpul manusia-manusia ni mesti bestkan.

Tapi yang paling bestnya...Shary Rudarf yang ini memang yang paling special sekali.. Sebab Shary Rudarf yang ini adalah AKU yang hidup dalam Dunia dan Fantasiku sendiri!

Simpan aib untuk diri sendiri

Hairan sungguh aku dengan orang-orang yang suka mencanang keburukan sendiri kepada orang lain. Untuk apa?? untuk mendapatkan simpati?? atau untuk cuba menutup kelemahan diri sendiri dan menunding jari pada orang lain..

Dan pada orang-orang yang menjadi pendengar setia lah konon nya tu..jangan lah terus melatah dan menilai secara membuta tuli.