Saturday, January 30, 2010

JAHANAM LAH KAMU SEMUA!

AKU BENCI BETUL PERANGAI ORANG YANG SAIKO-SAIKO NI. SUKA-SUKA HATI DIA MAU KOMEN ORANG. KALAU KOMENNYA TU KOMEN-KOMEN MEMBINA TIDAK APA LAH JUGA. TAPI INI TIDAK MENJAHANAM KAN ORANG LAIN. APA MOTIF SEBENAR ORANG-ORANG NI???
SERONOK BETUL SAIKO-SAIKO NI MENYAKITKAN HATI ORANG. TIADA FIKIRAN LANGSUNG!

HATI DAN PERASAAN ITU MASALAH MASING-MASING,KITA MENDENGAR CUKUP LAH..TIDAK PAYAH TERLALU MENILAI DAN MEMBUAT SPEKULASI YANG BUKAN-BUKAN. SAIKO-SAIKO NI KENAL KA SIAPA SHARY SEBENARNYA??

HELLO!! AKU HIDUP BAHAGIA DENGAN DUNIA AKU..TIDAK PERLU PERGI MENUMPANG KASIH DAN MENGHANCUR HIDUP ORANG LAIN.JANGANLAH SAMPAI KESAIKOAN ITU MENYEBABKAN ORANG LAIN YANG JADI MANGSA..

PERGI JAHANAM DENGAN HOBI SAIKO ORANG-ORANG INI!

SAIKO!

Ada orang yang saiko..
saiko sebab macam macam perkara..hal..trajedi..
Ada orang yang saiko..
otaknya tidak betul.miring..sewel..3suku 8hon
Ada orang yang saiko..
di sana,dia lain..di sini,dia lain..di belakang,dia lain..di depan,dia lain..
Ada orang saiko..
perasaan tidak menentu..telampau banyak imaginasi..khayalan..angan angan..
Ada orang saiko..
mencanang hebatnya diri..lemahnya lawan..buruknya kawan..hinanya teman..
Ada orang saiko..
dunianya berwatak watak..bermacam rupa..beribu makna..
Ada orang saiko...
dan saiko lah kau seorang..jangan pernah libat kan aku dan teman teman!

Friday, January 29, 2010

AKU WANITA BIASA

Aku ini wanita biasa

Bisa sakit luka karena cinta

Dingin sepi kerap menyapa

Air mata jatuh lukisan raga


Kadang ku kuat setegar karang

Kadang ku rapuh lemah liar merana


[chorus1]

Maafkan aku bila hasratku keliru

Sulut gairah jiwamu

Ku yang dosakan cinta kekasih


Maafkan aku bila hasratku keliru

Sulut gairah jiwamu

Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku


Kekasih hatiku maafkan aku

Aku wanita biasa


Dingin sepi kerap menyapa

Air mata jatuh lukisan raga


Kadang ku kuat setegar karang

Kadang ku rapuh lemah liar merana


[chorus2]

Maafkan aku bila hasratku keliru

Sulut gairah jiwamu

Ku yang dosakan cinta kekasih


Maafkan aku bila hasratku keliru

Sulut gairah jiwamu

Ku yang dosakan cinta kekasih

Hatiku… maafkan aku..



Wednesday, January 27, 2010

Taugeh dan Botol Jem

Tengah hari tadi aku lunch berlaukkan ayam goreng dan sayur campur dan taugeh.
Teringat waktu dulu, semasa keadaan agak menghimpit keluarga.
Suatu hari aku yang waktu aku berada dalam darjah 6 dan adik ku Ku Po dalam darjah 1 rasanya. Kami menjamu selera makan tengah hari dengan nasi putih berlaukkan sayur taugeh tumis. Sayur taugeh sahaja dengan nasi putih yang di isi di dalam botol jem kaca kecil rasa-rasanya yang tidak sampai 500g dan kami berkongsi makan dari sebiji botol jem itu.
Sedap. Kami makan bersama-sama kawan yang lain di taman sekolah. Seronok sangat. Walaupun hanya aku dan adikku sahaja yang punya lauk tengahari yang begitu, tapi kami seolah-olah menghadap lauk yang sangat sedap dan istimewa.
Sampai sekarang kalau terpandang sayur taugeh dan botol jem, pasti akan teringat waktu tu.
Walaupun hanya nasi putih dan sayur taugeh yang di isi dalam botol jem kecil...tapi nikmatnya mengalahkan KFC atau PIZZA HUT.

Friday, January 22, 2010

Permainan

Permainan telah bermula...
pemain-pemain masing-masing dengan visi dan misi
Permainan telah bermula..
satu-satu pemain menunjukkan ketangkasan dalam permainan
Permainan telah bermula..
Yang tangkas dan pantas akan lebih dulu kehadapan
Permainan telah bermula..
Hadiah dan taruhan menjadi pembakar semangat untuk MENANG!

Permainan hampir tamat..
ada pemain-pemain yang kehausan, lelah, keampusan
Permainan hampir tamat..
yang kuat dan tangkas masih gagah di hadapan mengukir senyum penuh egois
Permainan hampir tamat..
yang lemah sudah berhenti, ada yang jatuh terduduk..pasrah

Permainan sudah tamat..
pemain-pemain yang kalah, tunduk memandang tanah.telinga tetap mendengar
Permainan sudah tamat
pemain-pemain yang terduduk penat..hanya memandang dan mengeluh hampa
Permainan sudah tamat..
yang menang tersenyum bangga, melirik pada yang kalah
Permainan sudah tamat..
hadiah dan taruhan sudah dalam genggaman.. di julang dan di canang keseluruh alam
Permainan sudah tamat.
si pemenang tidak habis-habis dengan cerita kemenangannya..
dan yang kalah tidak habis-habis dengan cerita kekalahannya..

Wednesday, January 20, 2010

FAHAMILAH..

Mula-mula memang, aku terlupa seketika siapa diri ini. Dan cuba menyisip masuk ke dalam kehidupan orang itu. Tapi jangan persalahkan aku seorang saja. Sebab orang itu terlalu pandai bermain kata menyulam rasa. Dan aku pada ketika itu terasa di buai dengan cerita-cerita dongengan yang sememangnya kegemaran ku sejak kecil lagi, terlena dan terus hanyut.

Tapi kini aku sudah sedar. Dan kesedaran itu wujud atas kemahuan sendiri dan bukan paksaan atau pengaruh orang lain. Aku tidak mahu menjadi penawar dan pada masa yang sama menjadi racun. Fahami lah..aku telah pun meninggal kan orang itu. Bukan sebab aku tewas atau lemah. Tapi sebab aku rasa itu adalah jalan yang terbaik.

Orang itu punya orang-orang yang lebih memerlukan dia. Dan aku hanya igauan sementara. Aku tidak pernah mahu menyakiti orang lain. Dan aku juga tidak mahu terusan menjadi subjek dan objek perbualan orang. Dan andai orang itu masih punya masalah dengan orang-orang di sekeliling dia..maka ia tidak berkaitan langsung dengan aku.

Jujur aku akui, aku sangat gembira dan tenang selepas meninggalkan dan melepaskan igauan semntara itu. Aku gembira..aku punya kawan-kawan yang bukan seperti orang-orang yang awujud di sekeliling dia. Kawan-kawan aku sentiasa mau melihat aku gembira dan kawan-kawan aku bukan golongan orang-orang yang terus terusan mencari kesalahan orang lain untuk memburukkan lagi keadaan.

Aku cuma mau hidup yang sederhana. Penuh dengan senyuman dan ketawa. Tidak perlu terlalu rumit dan tidak memeningkan kepala. Aku mau orang-orang yang hidup di sekeliling aku turut merasa aura kegembiraan itu.

Aku sangat gembira sekarang.. aku ada kawan..si dia dan si dia dan si dia dan si dia....

Monday, January 18, 2010

BILA

Bila berkata..tuturlah ia dengan sopan
Bila berkata..janganlah terlalu menikam
Bila berkata..lapiklah ia dengan manisan rasa
Bila berkata..ingatlah siapa mendengar...

Bila mendengar..dengarlah dengan hati yang terbuka
Bila mendengar..dengarlah dengan berjuta makna
Bila mendengar..janganlah cepat terasa manisnya dan pahitnya dilempar
Bila mendengar..kenallah siapa yang berkata..

Bila memerhati..jangan memerhati disebelah hadapan dan belakang sahaja
Bila memerhati..jangan melihat di waktu terang sahaja
Bila memerhati..jangan kau pilih lorong-lorong yang sangat luas
Bila memerhati..jangan pernah tertinggal watak-watak yang kecil..

Dan bila kesimpulan mahu kau buat..
Cukupkah semuanya..
Yang berkata itu mana benarnya..
Yang mendengar itu dari mana suaranya..
Yang memerhati itu cukup kah liputannya..

Kasihan bah..
Kalau kau tersalah membuat kesimpulan..
Mungkin keadaan tidak seperti yang dikata
Mungkin keadaan tidak seperti yang didengar
Mungkin keadaan tidak seperti yang diperhatikan

Saturday, January 16, 2010

AKU KINI BEBAS

Kini..
Aku rasa tenang..
Setelah aku lepas kan sesuatu yang bukan milik aku..
Aku rasa tenang..damai..
Walaupun aku ada rasa terkilan dan mungkin kecewa...
Tapi aku rasa bebas...

Dulu..
Mungkin aku sedih dan terkilan..
Sebab aku sangat mengharap..tapi itu dulu..
Aku terlalu memandang tinggi bulan dan bintang d atas sana..
Aku terasa tercapai sudah tangan ke sana..
Hingga hati seolah buta dan tuli hilang kawalan..
Itu dulu..

Kini..
Aku sudah tau..
Aku sudah sedar..
Aku tidak mau jadi si bodoh dalan "kontroversi" murahan ini..
Aku sudah bebas..tidak terikat dengan mana-mana kontrak..
Tidak perlu persetujuan sesiapa untuk aku buat keputusan..
Aku sudah bebas..sebebas burung terbang ke sana sini..
Bebas aku untuk bermain di alam dunia fantasi ku sendiri...

Monday, January 11, 2010

Sunyi aku sepi

Terasa diri sangat sunyi,
bila aku lihat orang lain dengan berteman dengan gelak tawa
terasa dan kepingin juga diri ini merasa begitu.
pernah suatu masa aku menyangka aku sudah dapat akan itu semua..
tapi rupanya ia hanya singgahan sementara.

Mengalir airmata melihat impian itu pergi.
aku tidak mampu mengejar.
hanya mampu membiarkan ia pergi..

Mungkin ini bayaran yang harus aku terima
atas kesalahan silam..
yang terus menjadi teman yang paling setia.
yang terus akan di pikul sampai bila bila

Cemburu sungguh aku melihat..
kawan kawan dengan kehidupan yang sangat gembira
di penuhi helai tawa tangis anak anak
sedang aku di penuhi dengan tangisan sendiri
di kala sepi menghimpit diri...

Mengalah Bukan Aku Lemah

Lemah..
tidak sekali kali aku lemah...
tapi aku mengalah sebab aku juga punya hati dan perasaan

Mengalahnya aku..
sebab masih ada rasa hormat yang sangat tinggi..
aku mengalah sebab aku juga perempuan
dan aku dapat bayangkan kesakitan yang kau rasa

Mengalah aku..
dengan harapan semua akan beroleh kebahagian..
aku menutup pintu hati supaya kau gembira
tapi jangan kau terlalu mencabar
aku takut kalahku bertukar arah..

Mengalah bukan aku lemah..
mengalah aku sebab aku juga perempuan
mengalah aku sebab hati aku juga hati perempuan
tapi jangan sekali kali kau cabar
biar sehebat petir pun nista mu
akan tetap aku lawan!

Saturday, January 9, 2010

ADA ORANG MAU SPONSOR AKU

<019-2202156> calling...nda angkat.
<019-2202156> calling...lagi.tidak angkat lagi.ntah siapa.
<019-2202156> calling...lagi.lagi tidak angkat.siapalah ni.
Emmm..penting mgkn.

"siapa" aku hantar sms.
"jawab call baru tau" replynya.

<019-2202156> calling...
"ya..."
"hello.."
"emmm..hang shah..napa?"
"dating ke?"
"mana ada.baru balik,keluar makan dengan budak-budak stor.tetiba call napa?"
"aku nak marah nie..hang sampai hati tak bagi tau ye..hang datang kl hari tu..terasa hati ni. Sedih..tau tak. Aku dah plan elok-elok untuk entertain hang,tapi sampai hati hang tak bagi tau,hang dah sampai kl.."
"hahahahahha....alalalala..so sorry ok. I datang tak di rancang. last minute got something to do lah. aku sempat jumpa beberapa member je...hahahhaa"
"tapi seriusly i kecil hati tau tak..sampai hati nko kan.."
"alah lain kali boleh jumpa lagi.hahh.call aku setakat nak ckp benda ni je ke?"
"takdelah.aku nak p kk 19th ni.bulan ni tau.so i really want to see u lah.serius.u dont have to worry i pay for your ticket and hotel.just for one nite.serius."
"hahahahahaha...wahh..banyak duit nko kan...apa hal?"
"seriuslah.i really miss u. takdelah..miss u as a friend.datang tau.19th til 23rd i ada kat kk. tapi u datang on 23rd petang.esok pagi u boleh balik sandakan.."
"serius???...aku tak janji lah shah..."
"alahh..please lah. aku rindu sangat tengok nko.tengok nko kat fb tu buat aku geram betul...hehehehe..emm..sorry to ask..u macam mana sekarang..aku dengar..."
"u tak tau ke,atau buat-buat tak tau. yup aku im single berstatus JANDA.."
"hehehe..aku adalah peluangkan..dulu time study nko jual mahal kat aku...nanti kita lepak boleh lah cerita-cerita kenangan silam kan.hehehhehehe.."
"adalah pula. nko yang tak nampak aku..takkan aku nak terhegeh-hegeh kat nko..."
"tapi dulu kita baik sangat kan..yup 1st year tu kita rapat sangat. tapi tak tau kenapa tetiba je kita gaduh. kita gaduh ke??? then u tak tegur tak cakap ngan i sampai lah habis study.."
"hahahhaha..cerita lama shah..dah nko yang macam jauh kan diri. tapi rasa tak gaduh time tu.just got nothing to say to each other..."
"serius..datang tau. aku serius ni. lama betul tak nampak nko. tengok kat fb tu geram lah..."
"nko jangan macam-macam shah.kita bukan time study lagi.sekarang dah lain..hahahhaha.."
"hahahahaha..takdelah..rindu sebagai kawan.takkan takleh kot..ok u check your schedule dulu..tapi make sure u have time for me.just one nite..."
"hahahahaha..well we wait n see..tapi aku tak janji.serius aku tak janji ok.susah-susah u datang sandakan je lah..biar aku entertain nko kat sini.."
"aahh..tak nak lah. nko datang sini everything is on me..serius.."
"emmm...nanti lah i tengok macam mana ok.tak janji..."
"oklah nanti i call u maybe on tuesday sebab i nak book bilik..miss u so much....hehehhe"
"ahh..sudahlah shah..ok lah. i penat nak p mandi nak tidur."
"wahhh..nak ikut..hehehe.."
"sudahlah....ok lah bye.."
"hahahahhaha..ok.tapi serius tau..i call u on tuesday nanti..."
"ya..ya..ok lah bye."
"bye"

Besar hati sungguh dia ni mau sponsor aku.
LELAKI!

Wednesday, January 6, 2010

Tiada sudah pari-pari itu

Pari-pari itu terbang...
Jauh...jauh...tinggi...tinggi...

Pari-pari itu pergi...
Jauh...Hilang...tidak kembali lagi...

Pari-pari itu tidak akan kembali lagi
Sebab carik sayapnya...hilang tongkatnya...

Pari-pari itu kini telah tiada...
Dan tidak akan ada..pasti tidak akan ada lagi.

Terjatuh,Tersalah dan Tertewas

Terjatuh aku Cinta...
Tapi tersalah aku Cinta...
Terlalu aku Sayang...
Tapi tersalah orang aku Sayang..
Terlalu aku mengejar...
Tapi terlalu jauh untuk di kejar...
Tertewas aku jua...
Tersedar dari lena.