Thursday, July 29, 2010

Bulan Oh..Bulan


Picture ni di ambil pada 28hb julai 2010 lepas. Gambarnya tidak lah secantik hasil si photografer yang pro. Di ambil dari depan rumah saja.


Mimie, Danisha and Hubby






Mimie dan Langit tetap sama.


"jauh termenung..pikir sape?.." sapa mimi tiba-tiba dari belakang. Aku sedikit terkejut. Aku menoleh dan memberi senyum pada nya.

Mimi melabuh punggung di sebelahku. Petang itu, cuaca agak baik. Langit cerah. Suara gelak tawa Danisha bermain dengan anak jiran sebelah rumah amat menghibur hati. Suaranya lembut tapi cukup petah.

"hahaha..mana ada..aku tengok langit bah ni..cantik kan..sayang kalau nda di rakam..." kataku sambil menunjukkan rakaman langit yang ku ambil tadi. Mimi senyum. Aku senyum.

"langit pun kau mau shoot..baik nko shoot aku.." Mimi menjeling aku. Aku hanya tersenyum.

"nko tu..dah lah susah nak jumpa aku..setahun sekali je..apa salahnya nko abadikan gambar-gambar aku..kalau rindu nko renung lah gambar aku..hahaha." Dia menjeling lagi.

"hahahaha..aahh..kau ni..hujung tahun ni kalau aku nda pegi Indon, aku pasti datang lagi..belum puas aku shoot di KL ni..." kata ku. Aku menghirup teh suam yang terhidang di meja kecil depan ku.

"emm...apa cerita nko sekarang?...dah ada pengganti ke?..kenalkan lah ngan aku..aku nak kenal-kenal juga....boleh aku tolong nko nilai...hehehe.."

"hahahaha...mana ada..aku mana ada masa mau pegi cari pengganti..mau pegi dating pun nda ada masa...apa lagi dengan hobi ku yang baru ni...lagi lah aku nda ada masa...."

"emm....nko selalu macam tu..sampai bila lah kau mau macam ni...emm..kau tak sunyi ke??..." tanya Mimi lagi. Mukanya agak serius. Aku merenung Mimi. Aku memandang langit petang. Cantik. Biru. Awan. Putih.

"ntah lah Mie.. kalau aku cakap nda..bohong lah aku kan...tapi apa yang aku boleh buat selain berkawan baik ja lah dengan sunyi tu..." kataku. Mimi merenung aku. Aku melarikan pandangan ke arah Danisha. Danisha melempar senyum. Dan aku membalas senyum.

"nko tu...aku rasa time study dulu ok sikit..pandai juga bergaya..sekarang ni aku tak pernah lagi tengok nko bercantik-cantik...cuba nko berbedak dan bermakeup sikit..pasti nampak cantik...ini tak..bibir tu nampak pucat hitam je..atau nko masih merokok??.." ceramah Mimie.

"hahahaha..mana ada. Aku dah lama nda merokok lah...tempat keja aku nda memberi ruang untuk aku buat semua tu..." kataku sambil tersenyum.

"ye la tu..ada saje alasan nko kan.." jeling Mimie.

Aku hanya mampu senyum dan menghirup teh suam ku. Mimie hanya memerhati. Mungkin dia menunggu sesuatu untuk aku bicara. Tapi aku hanya diam Dan mula memetik lensa murah ku untuk merakam telatah Danisha. Danisha dengan spontan berkomunikasi dengan lensa ku.

Sesungguhnya langit petang di sini tetap sama. Biru. Cantik. Awan. Putih. Dan angin petang sangat nyaman membuai rasa rindu aku pada Dia.





Wednesday, July 28, 2010

Jeti Usang dan Rindu

Angin petang itu sejuk. Cuaca agak mendung. Aku berdiri di tapak runtuhan jeti kayu yang dulu menjadi tempat aku bersandar cerita suka duka. Jeti konkrit akan di dirikan tidak lama lagi. Bau kayu buruk serpihan jeti itu masih terasa. Segar. Bau itu bercampur dengan haruman bicara ku dan dia bersama tempias air mata. Aaahh..semua itu tinggal kenangan. Tidak lama lagi bau-bau itu akan hilang. Dan tidak akan tinggal walau setitik rasa.

Angin petang itu sejuk. Cuaca agak mendung. Mungkin malam ini akan hujan. Pasti bulan akan suram atau tidak langsung kelihatan. Aku melihat jauh ke hujung sana. Air tawar masin itu tenang. Aku melihat bebayang ku d permukaan air tawar masin. Hanya ada aku. Sudah tidak ada teman bicara kerna suara itu sudah lama pergi.

Angin petang itu sejuk. Cuaca agak mendung. Dan CINTA.. aku masih di sini, menunggu kau datang menyapa KASIH. Tapi kau terlau senyap. Dan aku tidak berani untuk menyapa rindu. Kau tahu.. aku amat rindu akan kamu.. amat rindu akan bisikan mu.. dan kau... hanya menyepi d sana.. sedang aku di sini.. masih begini, di runtuhan jeti ini.. menunggu kau datang.

Thursday, July 15, 2010

Tiba-tiba hati ini..

Tiba-tiba..hati terasa sangat hiba.
Sunyi dan sepi ini rupanya masih ada di sini..tidak pernah pergi walau sesaat.

Aaaahhh...hati ini selalu begin. Celaru dan rindu.

Monday, July 12, 2010

CINTA..aku tunggu

CINTA..
kau datang dan pergi
tinggal aku sendiri sepi
menunggu aku di sini
tanpa pernah aku mengeluh resah

CINTA..
Aku menunggu dan terus menunggu
hingga lewat hari ini..
dan bersambung hari esok
dan hari lusa..
tidak pernah jemu..
menunggu

CINTA..
aku rindu kata azimat itu
macam sudah terlalu lama kan
kau tidak datang dan melafazkannya
aku tetap menunggu di sini
sampai dinihari malam esok datang lagi.

Saturday, July 10, 2010

Pinjam bahu mu TEMAN untuk ku menyandar sepi.

"hai.."

"hai juga..." balas ku. Aku mengensot sedikit memberi ruang untuk dia duduk di sebelah ku.

"lama kita nda jumpa kan..kau apa khabar?." dia melabuhkan punggung di sebelah ku. Beg kameranya tidak pernah lepas. Aku tersenyum.

"aku macam biasa saja..tiada apa-apa yang menarik pun..." jawabku. Aku memrhati saja dia yang sibuk mengeluarkan kamera nya dan mula menekan-nekan butang kamera. Dia sama macam dulu juga. Di sah jika tidak merakam sesuatu, walau di mana saja dia berada.

"kenapa?..aku tengok lain macam ja..mana kamera kau?.." tanyanya tiba-tiba. Dia menjeling pandang pada ku. Aku senyum. Aku membuang jauh pandangan ke lautan luas. Ya..sangat luas sekali.

"kenapa apa??..aku biasa-biasa saja pun..kamera nda bawa..kasi rehat dia..hehehe.."kata ku sambil ketawa kecil.

"hahahahahaha....." tetiba dia ketawa besar. Aku merenung hairan. Senyum. Aku mencubit manja bahunya. Dia senyum. Kami senyum.

"whats wrong dear?.. i know something is no right..tell me..." katanya. Dia merenung tajam. Aku tunduk.

"tiada apa-apa...just i miss u so much..rindu kau bercerita..itu saja.." balasku. Ada sedikit hiba di hujung suaraku. Aku mengawal sedaya mungkin. Aku tidak mahu dia tahu.

"can i lend your shoulder for a while..feel so tired...." kata ku lagi. Belum sempat dia menjawab aku sudah merebahkan kepala ku di bahunya. Aahhh..terasa sungguh tenang.

"emmm....sampai bila kau mau macam ini..." perlahan-lahan dia mengusap kepala ku dan menepuk-nepuk bahu ku. Aku terasa sangat tenang.

"CINTA kau mana?...kenapa bukan dia yang ada sekarang untuk kau??..." katanya perlahan.

Aku diam. Tidak ada jawapan yang dapat aku bagi. Aku merenung luasnya lautan petang itu. Angin bertiup perlahan amat membuai rasa. Dan dia terus menekan-nekan butang pada kameranya.

"ya .. mana CINTA ku...sepatutnya dia yang ada di sini.." bisik hati ku. Sayu.

Sekali lagi dia mengusap perlahan kepala ku. Dia amat tahu. Dan dia tidak perlu jawapan dari aku. Terima Kasih 'Teman'

Thursday, July 8, 2010

Jawapan itu datang lagi.

"kau nda jeles?.." tanya ku memecah sunyi.


Malam tu sunyi betul. Bintang d langit bekelip-kelip. Seolah berbicara antara satu sama lain. Ahhh..sungguh indah ciptaan tuhan. Dan dia, diam saja.


"kau nda jeles ka, kalau dia cuba rapat sama aku?.." tanya ku lagi. Dan dia tetap diam.

"hrmmmm...." aku melepaskan lelah yang sangat berat.

******

"aku akan kawin.."

"oh..ya ka...bila?...tahniah.."

"emm...tahniah??..kenapa?.."

"kau mau kawin kan...its a good news right..so tahniah lah...."

"kau suka?...kau nda sayang aku?..kau suka aku kawin dengan orang lain?.."

"what do u want me to say??...do you thing i have right to say NO....no i dont..and i wont say it.."

"how could u....i thought u care..."

*********

"what u expect me to say????.." katanya. Matanya merenung tinggi ke bintang-bintang di langit.

Aku merenung dia. Dan dia merenung bintang. Aku tidak tahu mahu berkata apa. Terkilan.YA. Sedih. YA. Tapi aku tidak tau mahu berkata apa. Malam terasa sangat sunyi.

"aku tidak ada hak pun mau jeles..lagipun untuk apa mau jeles-jeles..dia keluar dengan kawan2 nya pun aku tidak pernah jeles..." kata nya lagi dan masih merenung bintang di langit.

"emm...sori mungkin aku tidak patut tanya soalan tu..." kata ku perlahan. hati sedikit terguris. Aku terdiam. Pandangan sedikit berkaca. Aku mengumpul tenaga untuk memujuk diri. Memujuk supaya butiran kaca itu tidak jatuh berderai menyapa sunyi malam.

Dan dia masih merenung bintang di langit diam tanpa kata. Dan aku merenung dia, cuba membaca hati dan fikirannya. Tapi aku tidak mampu.

"kenapa kau bandingkan aku dengan dia..its really hurt me.."bisikku. Aku mendongak ke langit. Bintang berkelip cantik. Seolah berkata sesuatu. Tapi aku tidak faham.

Wednesday, July 7, 2010

Dan kau pergi lagi. MACAM BISKUT.

"kau tidak pernah luah apa-apa dengan aku kan..kenapa dengan dia kau luah.." ada sedikit nada rajuk d hujung suaranya.

"emm..time tu aku geram..sakit hati sangat bah..kau tiada..ngam-ngam dia punya cerita yang sama dengan aku.." jawab ku perlahan.

Aku renung dia. Dia diam. Aku membuang pandang pada gelap malam. Langit sangat gelap. Tidak ada satu bintang pun. Hembusan angin malam sangat dingin. Mungkin mahu hujan.

"kau selalu begitu..tidak pernah mau berkongsi dengan aku..dengan dia boleh pula..." katanya lagi dengan nada rajuknya.

"kebetulan saja bah..lagipun.." kata-kataku terputus. Aku hilang kata. Mata ku liar melihat langit malam. Seolah mencari di situ.

"kenapa?.." tanya nya. "kau selalu begitu.." katanya lagi. Perlahan-lahan tangannya mengusap lembut kepala ku. Macam seorang ayah memujuk si kecil yang sedang merajuk.

"ntah lah..mungkin kebetulan dia ada situ..dan aku sangat-sangat perlukan pendengar..." kata ku. Aku tidak tahu mahu berkata apa. Aku tahu mungkin dia sedikit terasa. Aku merenung dia. Dia merenung langit malam.

"aku mahu kau selalu ada dengan aku...dan selalu ada bila aku mahu bercerita..tapi kau tidak mampu berbuat begitu..dan aku sangat tahu itu...dan mana mungkin aku meminta lebih...."bisik hati kecilku.

Aku mendongat melihat langit malam. Ku tutup mata rapat dan ku buka lagi. Gelap. Tiada bintang. Angin malam sangat dingin. Mungkin mahu hujan. Aku melihat ke kiri dan ke kanan. Ahhh..aku berbicara pada sunyi rupanya.

Dan kau pergi lagi. MACAM BISKUT.

Tuesday, July 6, 2010

Meet MELNAH MARTIN Part.1











kali ini..pasti aku tidak akan datang lagi

"kau nda pegi tinguk ka?.."

"apa?.."

"kau lupa..jeti tu mau di kasi roboh..kejap lagi tu..ready sudah capiting si John..cepatlah.."

"aduii..aku lupa..sial!!.."

Aku menekan-nekan punat lappy ku, dan terus bergegas laju membawa forklift ku menuju ke jeti. Ya..capiting si John sudah sedia untuk mrobohkan jeti itu. Aku hanya mampu memandang sayu. Banyak sungguh kenangan ku d jeti itu. Terlalu banyak.

*******

"kau selalu cakap nda mau datang sini lagi kan..." kata suara itu.

"nda pun..hahahaha...main-main ja bah..time merajuk..biasa lah..hehehe.." kata ku sambil ketawa kecil. Nyaman sungguh angin petang tu. Rambut lurus ku menari-nari lembut.

"mana mungkin aku nda mau datang lagi.. kau saja lah tempat aku meluah rasa..hahaha.."kata ku lagi. Aku memerhati keadaan jeti yang sedikit usang, tapi masih kukuh. Tempat aku bermain air tawar masin bersama orang-orang yang aku sayang.

"kalau suatu hari jeti ini tiada macam mana?...pasti aku pun akan pergi juga..." katanya

Aku terdiam. Kelu. Aku mendongak langit petang.Masih cerah. Biru. Angin sangat nyaman. Aku menutup mata rapat. Bila ku buka..langit tetap sama biru dan angin tetap nyaman membuai lembut rambut ku.

"kau ni..kalau jeti ini tiada, kalau kau tiada..di mana lagi aku mau pegi meluah rasa.."kata ku perlahan. Sedikit sebak.

"kalau jeti dan aku tiada.. kau pulanglah ke dunia kau sebenar..pulang dan hidup dengan gembira..hidup dengan dunia nyata..pulang ke dunia yang ada bunga-bunga segar untuk kau cium wanginya...rumput-rumput segar hijau yang boleh kau pijak dan sentuh..." kata suara itu.

"jangan cuba berbohong pada diri sendiri....berhenti menjadi pelawak untuk orang lain...berhenti memberi kebahagian untuk orang lain..tolong simpan sedikit bahagia itu untuk sendiri..." kata suara itu lagi.

Aku hilang kata-kata. Aku hanya mampu membuang pandang pada kejauhan pemandangan petang itu. Dada rasa sangat sesak. Perlahan-lahan manik-manik halus jatuh satu..satu..satu menyapa angin petang yang sangat nyaman.

********

"kau ada bawa kamera?..boleh snap dulu sebelum si John kasi roboh.."

"tiada..nda apa lah..proceed saja.." jawab ku lemah.

Aku mendongak langit pagi itu. Cantik. Biru. Awan putih bertompok-tompok. Aku menutup rapat mata ku. Dan bila ku buka, langit tetap cantik dan biru. Tapi..Jeti itu sudah tiada. John melakukan kerjanya sangat baik sekali.

"kali ini...pasti aku tidak datang lagi ke sini..sebab kau dan jeti itu sudah tiada..." bisik ku perlahan. Cepat-cepat ku sapu manik halus yang cuba menyapu udara pagi. Dan langit tetap biru dan cantik sekali.

Monday, July 5, 2010

Kau sangat dekat..tapi terasa jauh.

"kenapa?..bukan kau happy ka?.."

"happy??..for what?..lagipun hari-hari pun aku happy..hahahaha.."

"hahaha..nda payah membuhung..aku tau..aura mu tu jelas aku nampak..hahahaha.."

"hemmm....tiada lah..biasa-biasa saja bah.."

Aku memandang luasnya pandangan di jeti petang itu. Penat dari aktiviti bersama kawan-kawan outing masih terasa. Aku melunjurkan kaki. Aku meletakkan perlahan kamera ku di sebelah. Indah dan tenang saja di jeti ini. Sama seperti dulu-dulu juga. Wajahnya terbayang jelas di kotak fikiran ku. Suaranya masih terdengar di telinga ku. Tapi sayang wajah dan suaranya bukan untuk aku.

"jauh mengkhayal..hahahaha.."

"emmm...tiada lah..terasa macam lama betul aku nda datang sini...."

"terasa lama ka..atau kau sedang bersedih...kau nda payah menipu lah..so..apa dia cakap sama..ada dia cakap dia rindu ka?.." sinis sungguh bicara suara itu.

"aahh..kau ni..ada-ada saja..mana la bah dia cakap begitu..ramai orang bah itu..."jawab ku sedikt bernada keras.

"hahahahaha....tapi bukan ka itu yang kau tunggu?...nda payah bohong aku..aku tau..aku tau apa yang ada dalam hati kau tu..apa yang ada dalam fikiran kau tu..nda payah bohong..kalau kau mau nangis..nangis ja lah..tiada orang juga di sini..kita-kita ja...hahahahahaha.."

"boleh ka kalau jangan cakap macam itu...kau ni sengaja mengasi sakit hati aku bah....kau patu pujuk aku..."kata ku sayu.

"hahahaha...kau tidak payah berbohong..banyak kali aku cakap jangan bohong aku..kau tau kenapa??..sebab AKU ADALAH KAU!! hahahahaha.."

Aku mendongak langit petang, sedikit mendung. Angin bertiup sangat perlahan tapi sangat dingin. Sedingin hati aku. Dan langit seolah berkongsi kesedihanku.

"kau sangat dekat..tapi sayang..aku tidak mampu menyentuh..terasa kau sangat jauh sekali..."