Saturday, September 4, 2010

Dan dia pergi

"Saya akan pergi esok.."katanya.

Aku mengangkat muka dan melempar senyum.

"iya..aku tau,kan kau sudah bagitau minggu lepas..."jawabku.

Aku merenung dia yang sedang membuang pandang ke lautan yang sangat luas. Jarinya sibuk mematahkan ranting-ranting kering yang tersangkut di celah-celah jari kakinya yang di bawa arus air masin dan mendarat di pantai.

"U dont have anything to say?..remember what i asked u last week?..so??.."

"hmmmm..."aku melepaskan lelah yang sangat berat. Ya..aku masih ingat dengan jelas soalannya minggu lepas. Tapi sayang, aku tidak punya jawapan.

"I will not coming back.." katanya lagi.

"Kalau itu yang kau rasa terbaik..then i wish u luck.."

"bukan itu yang aku mahu dengar sha...u know what i mean kan?" suaranya sedikit keras.

"Aku minta maaf. Aku mahu hidup dalam keadaan yang sangat terang. Aku sudah puas hidup dalam gelap. Aku harap kau faham..kalau kau tanya aku..do i luv u, then i will say yes..tapi tidak bermakna aku mahu hidup dalam gelap selama-lamanya.."

Aku mengusap perlahan wajahnya. Dia diam. Ada aura kehampaan. Aku tahu. Tapi itu adalah yang terbaik.

Tanpa sebarang kata, dia bangun dan melangkah pergi. Tanpa menoleh walau sesaat, dia terus pergi dan hilang. Aku hanya dapat menghantar dia dengan pandangan. Jauh di sudut hati, aku harap dia faham.

Aku mendongak langit petang. Cerah. Angin bertiup perlahan. Sama seperti dulu-dulu juga.