Wednesday, November 24, 2010

Cantiknya Bulan.


"bulan sangat cantik.." bisik ku sendiri.
***
"bak pungguk rindukan bulan nun jauh di atas sana..." katanya. Senyum sinis.
"macam kau la itu...asyik rindu pada bulan..padahal rumput-rumput dan bunga-bunga di sini pun cantik dan segar..."
"hahahaha...aku hanya memuji keindahan sang rembulan saja lah...nda kan la aku mau merindu..kau ingat ini drama swasta....pungguk rindukan bulan...hahhahaa" kata ku.
"tapi bulan sangat cantik..dan sangat misteri.." kata ku lagi.
"yup..cantik dan sangat misteri.." katanya.
"cuba kau tinguk betul-betul...macam ada orang sedang duduk bersandar di pokok kan...cuba kau tinguk..." bibirnya muncung menunjuk ke arah bulan.
"kau rasa..orang tu lelaki ka perempuan?..macam dia duduk dan menulis kan? cuba kau tinguk..." katanya lagi.
*****
Bulan sangat cantik. Walau apapun keadaannya, bulan tetap cantik dan penuh misteri. Dan hingga kini, aku masih mencari-cari bayangan orang yang duduk bersandar pada sebatang pokok di atas sana.

Wednesday, November 17, 2010

Friday, November 12, 2010

Kawanku bilang.."Let the bygone,be bygone.."


"emm...sini rupanya tempat kau selalu mengular...nda ajak2 aku pun.." matanya menjeling aku. Aku sambut dengan senyuman.


Perlahan-lahan aku melabuhkan punggung dan mengemaskan dudukan ku di hujung jeti konkrit. Ku juntai kan kaki berendam ke dalam air tawar masin itu. Sejuk. Aku senyum.


"duduk lah...sejuk airnya, best..."


"cantik juga view sini kan..patutlah kau selalu datang..grrr...sejuk..hahhaha.." dia membetulkan duduk. Badannya sedikit begetar bila kaki mencecah air tawar masin.


"hahhahaa..bestkan...nasib aku nda pandai berenang..kalau nda sudah lama aku renang irama di sini..hahahha.."


"emm..kesian kan si halim..ntah hati apa juga si munah tu, sanggup dia buat gitu lakinya..solat 24jam sehari semalam pun blum tau dia cium bau syurga kalau dia bgtu.." kata kawanku.


"ntah lah..kadang tu,mcm dia bangga betul kalau bercerita pasal lakinya yang balik keja terus buat keja2 rumah..siapkan makan minum,cuci kain..yang dia pula duduk main game..buruk betul..palis-palis.." tambahku


"tengoklah,raya pun nda pernah durang celebrate sama-sama..baru-baru ni, lakinya balik kampung..salam pun tidak, tegur pun tidak..."


"itu lah..kadang aku takut mau kawin lagi..aku takut aku tidak dapat jadi isteri yang baik..takut juga dapat suami yang tidak baik..hahahhaha.." kataku.


"aahhh...kau tu yang yang sengaja tutup pintu hati untuk orang lain..let the bygone be bygone sha.." lembut saja suara kawan ku berbisik sambil menepuk-nepuk bahu ku. Sengaja dia menghayun kuat kakinya. Percikan air tawar masin melompat dan singgah di muka kami. Kawan ku ketawa..aku ketawa.


Tiba-tiba panas dan pedih terasa di pipi sebelah kiri ku. Sayup-sayup kedengaran suara maki cacian membisik pedas di telinga. Dan kenangan itu datang menggigit perasaan.


"macam mana..kadang aku rasa sakitnya macam baru semalam.." balasku perlahan. Dia merenung aku. Aku senyum.


Aku menghayun kaki perlahan-lahan. Aku menutup mata. Terasa panas dan pedih itu beransur hilang di sapu angin petang. Bunyi percikan air tawar masin itu perlahan-lahan melenyapkan suara cacian maki . Aku buka mata dan mendongak langit. Sangat cantik macam biasa. Awan putih sangat gebu.


"aikk..cuba kau tengok awan tu..dia senyum sama aku..hahahha.."


"hahh...mana??"


"tu.."


"sot!"


"hahahhaha...yup..let the bygone,be bygone.."




Wednesday, November 10, 2010

Suatu hari nanti semua orang akan faham..

"napa kau?"

Aku diam.

"emm...napa ba ni?..siapa lagi yang sakitkan hati kau?.."

Aku diam.

"aikk...sayang air liur ku ni, kau tau ka?..napa??.."

Aku mendongak langit. Langit petang ini sangat cantik. Biru dan awan putih gebu berkumpul-kumpul. Angin petang macam biasa. Perlahan menyapa pipi dan bertegur sapa dengan helaian rambut lurus ku.

"ntah lah... Aku kecewa kan hati orang lagi.. Tapi aku sudah kata dulu.. Jangan terlalu serius, sebab aku amat penting kan diri sendiri..dan sekarang orang itu kecewa."

Aku menyandar malas pada tembok jeti konkrit. Terasa sedikit suam-suam kuku pada dinding tembok.

"aku tidak berniat bah kasi sakit hati orang...tapi dunia aku sudah tertutup untuk orang lain...aku cuba bawa dia masuk..tapi dunia aku menolak dia.. dan hati aku menolak dia.."

"emm..bab perasaan ni memang tidak boleh dipaksa-paksa...nanti jadi mcm dulu lagi..jangan la sedih..mungkin itu cara terbaik kan..daripada kau paksa diri.. aku sangat faham kau...mana mungkin kau mahu menukar kenangan 6thn itu dengan perasaan yang kau sendiri tidak pasti..."

Kata-katanya menyentuh hati kecilku. Sayu sangat. Ya..kenangan yang sudah mencecah 6thn itu sangat berharga. Kenangan 6thn itu lah yang memberi aku semangat untuk terus melihat dunia.

"tapi orang itu tidak faham..tapi ndak apalah...suatu haari nanti orang semua akan faham juga..biarlah..."

Aku mendongak langit. Awan sangat gebu. Aku menutup mata rapat. Dan angin petang menyapu lembut pipi sambil bertegur sapa dengan rambut lurus ku. semakin rapat ku pejam mata, semakin teruja sang air mata mahu berbicara dengan angin petang.

Aku membuka mata, dan langit tetap cantik dengan awan sangat gebu. Sang air mata bersorak riang dan membebaskan diri dan bersalaman dengan angin petang..suam dan dingin.

"Tidak apalah..suatu hari nanti semua orang pasti akan faham.." bisik ku perlahan.

Thursday, November 4, 2010

...KOSONG..

Dan..
Sekali lagi ianya
Hanya sekadar cakap-cakap.... KOSONG..

Tuesday, November 2, 2010

Dan aku mahu..TAPI aku tak bisa..

Aku mahu..
sesungguhnya aku mahu kau
ada selalu di sisi ku,
dan aku selalu ada di sisi mu
Tapi aku tak bisa...

Aku mahu..
selalu menjadi sandaran mu
dikala kau sedang lemah pada dugaan dunia
menjadi mata dan telinga mu
dikala kau buta dan tuli
Tapi aku tak bisa...

Aku mahu..
Kau jadi milikku..
tetap milikku..
hanya milikku..
tiada dia..
tiada mereka..
tiada siapa-siapa..
Tapi..
sesungguhnya..
AKU MEMANG TAK BISA...