Si penjual ubat sudah jumpa pesakitnya
Si penjual ubat sudah dapat pembeli ubatnya
Si penjual ubat tersenyum sebab pesakitnya tidak alergi pada ubat-ubatnya
Tapi...
suatu hari..
Si penjual ubat keliru..seolah dia lupa di mana ubat-ubatnya tersimpan
Si penjual ubat bertanya dengan semua orang..
macam-macam jawapan dia dapat..bercanggah canggah..bersimpang siur
Si penjual ubat bingung..terlupa dia seketika pada pesakitnya..
Si penjual ubat mencari-cari lagi..semakin ramai pula orang membantu
untuk mencari..dan pesakitnya tertinggal di belakang.diam.keliru.
Si penjual ubat berpusing-pusing mencari..berbekal maklumat orang-orang
mencari dan mencari. bertanya dan bertanya..
akhirnya Si penjual ubat lelah.penat.lenguh sudah kakinya.
terlupa sudah kondisi pesakitnya.
Dan akhirnya..
Si penjual ubat mengalah..dan berpaling pada pesakitnya yang keliru..
"aku tidak jumpa ubat ku..aku cuba buat balik tapi aku lupa. orang-orang itu ajar aku..tapi bercanggah.tidak sama..pergi lah..aku pening..aku minta maaf.."
Pesakitnya kaku.keliru.tidak tau..tidak sempat dia menjawab dan bersuara
Si penjual ubat sudah pergi.
dan pesakitnya terduduk di situ.kaku.dan orang-orang senyum.melambai-lambai si penjual ubat yang sudah jauh pergi sambil melirik sinis pada pesakitnya.kaku.kelu.
Friday, February 5, 2010
Thursday, February 4, 2010
Wednesday, February 3, 2010
Wajah tua itu..
wajah itu sudah penat
sudah separuh abad usianya
dia patut berehat di atas kerusi malas
sambil melayan karenah cucu-cucunya
tidak payah lagi memikirkan tentang duniawi
tapi fokus pada bekalan di dunia sana.
wajah itu sudah ketara kedutnya
mungkin sudah penat untuk menapuk segala rahsia hidup
yang ditanggung olehnya
garis-garis halus dan kasar tersusun rapi
umpama jalan-jalan cerita penuh suka dan duka
wajah tua itu kadang-kadang lelah
kuat hembusan nafas tua namum keluar terlalu perlahan
seolah ada penyesalan yang amat dalam
tapi tidak mampu di ucap hanya keluhan kasar tapi perlahan
wajah tua itu sering termenung di sebalik kepulan asap suria
peneman bicara setiap malam menyembunyikan kedut-kedut kerisauan
namun tetap ketara
sebab wajah itu sudah terlalu tua..
tidak mampu untuk menampung duka di dada
walau selebar mana senyumannya yang berteman asap suria
namum..
aku tetap tahu...

Im in Love wit a V.Rider
Im in love wit The Rider..
He ride wit the wind..
He come and go in a blink..
He stop by for while..then go again for a long time..
And me,standing here waiting for him to come again..
V.RIDER6115

Tuesday, February 2, 2010
Dan malam pengantinya berbunga sakura
Dan kini dia sudah bertemu soulmate yang sebenar...
Semoga dia bahagia..
Dan semalam..
Malam pengantinnya berbunga-bunga..
mekar umpama bunga sakura...
Semoga dia bahagia..
Dan semalam..
Malam pengantinnya berbunga-bunga..
mekar umpama bunga sakura...
Kawanku yang karib
"hello..."
"hello..."
"Julian..aku bah ni..ko ada d rumah ka ni?..aku d bawah ni.."
"Ooohh..ada bah..naiklah,aku tunggu ko..naiklah cepat.."
"wokeh..jap.."
Belum sempat aku mengetuk pintu yang bergril,pintu itu sudah terbuka.Terkejut aku sekejap. Julian kah yang aku nampak tersenyum lebar di depan aku ni.Tergamam.Kelu.
"weiii..masuklah..ko mau duduk di situ ka?..masuklah cepat.."
Aku masuk sambil menolak daun pintu.Dia belari anak sambil mengankat sedikit kain serba putihnya supaya tidak menyapu lantai.
"kau duduklah..kalau mau minum ambil sendiri ya.."
"ahh...ya bah."
Aku duduk perlahan-lahan di atas sofa.Aku melirik sekeliling ruang tamu kecil itu.Dulu aku selalu juga datang sini.Tapi tiap kali aku datang,wajah Julian tidak sama dengan wajahnya yang baru aku lihat tadi. Berbeza..sangat berbeza.Aku senyum.
"hoi...khayal!.."
"hahaha...mana ada bah..ada doa untuk aku ka juga?"
"ada..."
manis senyum Julian.Wajahnya bersih.Tidak ada secalit mekap.Tidak ada bulu mata palsu.Tidak ada kilauan kanta mata biru.Bersih.Walau ada sedikit jerawat halus.Tapi bersih.Tenang.
"Lama ko nda join kami..bz ko?"
"Ya ba Ju..bz aku.kau taulah bah kan..kerja ku ni hari minggu pun kerja juga..tiada sudah happy hour..."
"Bukan tiada masa..ko tu yang jual mahal..nda mau kawan kami sudah.."
"hahahahha...betul bah.."
Julian tersenyum-senyum sambil membetulkan duduknya.
"ko macam mana sekarang?..muka nampak penat ja ni?..hidup happy ka?"
tanya Julian tidak putus.
Aku angkat muka.Senyum.Aku angguk,dan senyum lagi.
"ko nda payah pura-pura lah sayang..aku tau.."
"aku ok bah..just penat sikit..itu ja.."
"aku mau keluar ni..mari join lepak...mana tau ada yang sangkut.."
"hahahaha..nda lah.mana ada bawa baju..lagipun aku lama sudah nda minum bah.."
"hahahaha..baguslah.."
Julian melangkah masuk ke bilik.Tetiba bau harum keluar dari biliknya menucuk hidung.Wangi.Aku senyum.Beberapa minit Julian keluar.Topless putih bertali halus.Bebayang bra hitam jelas kenampakan.Lurah hasil bonjolan padat di dada menarik perhatian.Dipadankan dengan seluar jeans ketat warna hitam dan kasut bertumit tinggi 3".
"bah oklah..aku cau juga lah...ko pun mau jalan kan.."
"aii..cepat juga..apa hal juga ko datang ni..lama nda datang..sekali datang nda sampai brapa minit sudah mau cau..jiwa kacau ka?"
"hahahahha..saja bah..ngam2 aku limpas sini..aku nampak keta mu aku naik lah..."
Julian menjeling ke arah aku.Bulu mata palsunya d betulkan.biji matanya sudah bertukar biru.Wajah yang bersih tadi sudah bertukar badut.Aku senyum dan melangkah keluar.Julian mengekor dari belakang.
"bye..jangan lupa call i sayang..oh ya..ada orang mau ko..ko fikir-fikir lah nanti call aku..bye.."
Vrooommnn...laju saja wira hitam Julian pergi meninggalkan aku.Senyuman ku menghantar Julian pergi.

Janji ku pada wanita itu
Seandainya aku boleh bersuara, aku mau semua orang tahu apa sebenarnya yang terjadi.
Ya..aku hanya manusia biasa. kadang kala aku tersilap menilai dan tersilap memandang.
Tapi..aku telah sedar. aku sedar aku tidak boleh masuk dan mengambil hak seseorang dengan begitu mudah. aku telah berjanji dengan wanita itu andai benar dia tidak merelakan maka aku akan melangkah pergi. aku mahu melangkah pergi sebagai seorang wanita yang mempunyai rasa hormat kapada wanita lain.
Andai aku 'nakal' ketahuilah 'nakal' ku tidak mampu melukakan hati wanita itu. maka aku pergi. tapi bukan sebab aku terlalu ramai pilihan,atau ada orang lain yang menunggu walaupun sesungguhnya pilihan itu memang ada di depan mata dan lebih menjaminkan kemewahan dan kesenangan duniawi.tapi paling utama, aku pergi kerana janji itu dan rasa hormat aku pada wanita itu.
aku hanya wanita biasa..kadang keliru dengan perasaan cinta. tapi aku telah sedar..
dan kini aku telah jauh masuk kembali ke alam dan dunia aku sendiri. aku bahagia begini walaupun ada yang mengata aku hidup dalam awang-awangan fantasi buatan ku sendiri. tapi sekurang-kurangnya aku tidak punya kaitan lagi dengan kejadian di dunia luar sana.

Subscribe to:
Posts (Atom)