Friday, December 17, 2010

lepaskan 2010 selamat datang 2011


"holaa..hehe"

"haha...holaa juga.."


Suasana petang itu macam biasa juga. Sangat tenang. Nyaman. Angin bertiup perlahan menyapa mesra rambut lurus ku. Macam sudah terlalu lama rasanya aku tidak singgah di sini. Rindu terasa menggigit-gigit hati.


"lamanya la kau nda datang..tiada kawan ku becakap-cakap pasal angin..pasal awan dan air tawar masin.." luahnya. Ada nada rajuk bergetar.


"Aku ada ba..sini-sini saja..cuma bizi..hahaha.." gelak ku.


Perlahan-lahan aku duduk berjuntai kaki di hujung jeti. Permukaan air tawar masin sedikit bergelora. Ada ombak-ombak kecil berlari-lari dan menggeletek kaki ku. Aku tersenyum lagi.


"nda lama lagi tahun baru kan..cepat betul..macam nda terasa kan.."


"iya..terasa cepat betul. macam sayang pula mau tinggalkan 2010 ni..bleh ka ya kalau ku simpan 2010 ni...tapi aku masi mau jumpa 2011.."kata ku.


Kaki ku hanyun perlahan-lahan melawan ombak-ombak kecil. Sejuk.


"ada ka...kau pikir 2010 tu barang antik. Pasu bunga atau buku novel..kau boleh simpan-simpan. sot!.."katanya.


"hahaha..itu la aku bilang boleh ka...tapi sungguh..aku macam tidak mau 2010 tu pergi dan berganti dengan 2011.."kata ku lagi.


Aku melihat awam di hujung sana. Cahaya kekuningan dan jingga sedang mengintai keluar. Awan-awan tebal seolah sangat berat untuk bergerak. Macam hati aku. Sangat berat mau melepaskan 2010 itu pergi.


"kenapa juga?"tanya nya tiba-tiba.


"kenapa, apa?"


"ya lah..kenapa juga kau nda mau 2010 itu pergi?"jelasnya


"emm...ntah..hahahhaa.."


"aiii...sot..serius ba..kenapa?"


Aku merenung langit di hujung sana. Cahaya jingga dan kuning semakin berani menonjol diri. Awan pekat semakin laju bergerak. Ada juga warna sedikit pink dan merah di sebelah sana. Subhannallah...indahnya ciptaan Tuhan ini. Aku terasa sangat kerdil sekali.


"emm...apa yang hidup,pasti akan mati. Siang hari pasti akan bertukar malam. Matahari yang terbit di pagi hari, pasti akan terbenam di senja hari dan bulan akan mengganti tugasan nya pula. Kita tidak ada hak dan kuasa untuk menahan sesuatu yang pasti pergi dan berganti baru..tapi seharusnya redha..apa-apa pun yang terjadi pasti ada hikmah dan ia berlaku bersebab..." kataya perlahan tapi sangat jelas.


"biar lah 2010 itu menyebarkan cerita-cerita pendek nya sepanjang tahun ini sebagai kenangan..sebagai reminder kepada kita untuk bersedia menyambut 2011..tapi bukan untuk menutup hati dan melemahkan diri dan duduk mengeluh sedih.."katanya lagi.


"nda ba..bukan begitu..cuma.."kata ku terputus. Dia senyum.


"aku tau...tapi kau mesti mau faham apa yang aku cakap tadi.."katanya.


Aku merenung langit di hujung sana. Langit perlahan-lahan mau bertukar gelap. Aku tunduk merenung bebayang di permukaan air tawar masin. Aahhh..hanya ada aku. Aku mendongak langit. Langit kian gelap. Angin petang semakin dingin. Perlahan aku bangun dan meninggalkan jeti bermain sepi dan berbisik pilu.


Wednesday, November 24, 2010

Cantiknya Bulan.


"bulan sangat cantik.." bisik ku sendiri.
***
"bak pungguk rindukan bulan nun jauh di atas sana..." katanya. Senyum sinis.
"macam kau la itu...asyik rindu pada bulan..padahal rumput-rumput dan bunga-bunga di sini pun cantik dan segar..."
"hahahaha...aku hanya memuji keindahan sang rembulan saja lah...nda kan la aku mau merindu..kau ingat ini drama swasta....pungguk rindukan bulan...hahhahaa" kata ku.
"tapi bulan sangat cantik..dan sangat misteri.." kata ku lagi.
"yup..cantik dan sangat misteri.." katanya.
"cuba kau tinguk betul-betul...macam ada orang sedang duduk bersandar di pokok kan...cuba kau tinguk..." bibirnya muncung menunjuk ke arah bulan.
"kau rasa..orang tu lelaki ka perempuan?..macam dia duduk dan menulis kan? cuba kau tinguk..." katanya lagi.
*****
Bulan sangat cantik. Walau apapun keadaannya, bulan tetap cantik dan penuh misteri. Dan hingga kini, aku masih mencari-cari bayangan orang yang duduk bersandar pada sebatang pokok di atas sana.

Wednesday, November 17, 2010

Friday, November 12, 2010

Kawanku bilang.."Let the bygone,be bygone.."


"emm...sini rupanya tempat kau selalu mengular...nda ajak2 aku pun.." matanya menjeling aku. Aku sambut dengan senyuman.


Perlahan-lahan aku melabuhkan punggung dan mengemaskan dudukan ku di hujung jeti konkrit. Ku juntai kan kaki berendam ke dalam air tawar masin itu. Sejuk. Aku senyum.


"duduk lah...sejuk airnya, best..."


"cantik juga view sini kan..patutlah kau selalu datang..grrr...sejuk..hahhaha.." dia membetulkan duduk. Badannya sedikit begetar bila kaki mencecah air tawar masin.


"hahhahaa..bestkan...nasib aku nda pandai berenang..kalau nda sudah lama aku renang irama di sini..hahahha.."


"emm..kesian kan si halim..ntah hati apa juga si munah tu, sanggup dia buat gitu lakinya..solat 24jam sehari semalam pun blum tau dia cium bau syurga kalau dia bgtu.." kata kawanku.


"ntah lah..kadang tu,mcm dia bangga betul kalau bercerita pasal lakinya yang balik keja terus buat keja2 rumah..siapkan makan minum,cuci kain..yang dia pula duduk main game..buruk betul..palis-palis.." tambahku


"tengoklah,raya pun nda pernah durang celebrate sama-sama..baru-baru ni, lakinya balik kampung..salam pun tidak, tegur pun tidak..."


"itu lah..kadang aku takut mau kawin lagi..aku takut aku tidak dapat jadi isteri yang baik..takut juga dapat suami yang tidak baik..hahahhaha.." kataku.


"aahhh...kau tu yang yang sengaja tutup pintu hati untuk orang lain..let the bygone be bygone sha.." lembut saja suara kawan ku berbisik sambil menepuk-nepuk bahu ku. Sengaja dia menghayun kuat kakinya. Percikan air tawar masin melompat dan singgah di muka kami. Kawan ku ketawa..aku ketawa.


Tiba-tiba panas dan pedih terasa di pipi sebelah kiri ku. Sayup-sayup kedengaran suara maki cacian membisik pedas di telinga. Dan kenangan itu datang menggigit perasaan.


"macam mana..kadang aku rasa sakitnya macam baru semalam.." balasku perlahan. Dia merenung aku. Aku senyum.


Aku menghayun kaki perlahan-lahan. Aku menutup mata. Terasa panas dan pedih itu beransur hilang di sapu angin petang. Bunyi percikan air tawar masin itu perlahan-lahan melenyapkan suara cacian maki . Aku buka mata dan mendongak langit. Sangat cantik macam biasa. Awan putih sangat gebu.


"aikk..cuba kau tengok awan tu..dia senyum sama aku..hahahha.."


"hahh...mana??"


"tu.."


"sot!"


"hahahhaha...yup..let the bygone,be bygone.."




Wednesday, November 10, 2010

Suatu hari nanti semua orang akan faham..

"napa kau?"

Aku diam.

"emm...napa ba ni?..siapa lagi yang sakitkan hati kau?.."

Aku diam.

"aikk...sayang air liur ku ni, kau tau ka?..napa??.."

Aku mendongak langit. Langit petang ini sangat cantik. Biru dan awan putih gebu berkumpul-kumpul. Angin petang macam biasa. Perlahan menyapa pipi dan bertegur sapa dengan helaian rambut lurus ku.

"ntah lah... Aku kecewa kan hati orang lagi.. Tapi aku sudah kata dulu.. Jangan terlalu serius, sebab aku amat penting kan diri sendiri..dan sekarang orang itu kecewa."

Aku menyandar malas pada tembok jeti konkrit. Terasa sedikit suam-suam kuku pada dinding tembok.

"aku tidak berniat bah kasi sakit hati orang...tapi dunia aku sudah tertutup untuk orang lain...aku cuba bawa dia masuk..tapi dunia aku menolak dia.. dan hati aku menolak dia.."

"emm..bab perasaan ni memang tidak boleh dipaksa-paksa...nanti jadi mcm dulu lagi..jangan la sedih..mungkin itu cara terbaik kan..daripada kau paksa diri.. aku sangat faham kau...mana mungkin kau mahu menukar kenangan 6thn itu dengan perasaan yang kau sendiri tidak pasti..."

Kata-katanya menyentuh hati kecilku. Sayu sangat. Ya..kenangan yang sudah mencecah 6thn itu sangat berharga. Kenangan 6thn itu lah yang memberi aku semangat untuk terus melihat dunia.

"tapi orang itu tidak faham..tapi ndak apalah...suatu haari nanti orang semua akan faham juga..biarlah..."

Aku mendongak langit. Awan sangat gebu. Aku menutup mata rapat. Dan angin petang menyapu lembut pipi sambil bertegur sapa dengan rambut lurus ku. semakin rapat ku pejam mata, semakin teruja sang air mata mahu berbicara dengan angin petang.

Aku membuka mata, dan langit tetap cantik dengan awan sangat gebu. Sang air mata bersorak riang dan membebaskan diri dan bersalaman dengan angin petang..suam dan dingin.

"Tidak apalah..suatu hari nanti semua orang pasti akan faham.." bisik ku perlahan.

Thursday, November 4, 2010

...KOSONG..

Dan..
Sekali lagi ianya
Hanya sekadar cakap-cakap.... KOSONG..

Tuesday, November 2, 2010

Dan aku mahu..TAPI aku tak bisa..

Aku mahu..
sesungguhnya aku mahu kau
ada selalu di sisi ku,
dan aku selalu ada di sisi mu
Tapi aku tak bisa...

Aku mahu..
selalu menjadi sandaran mu
dikala kau sedang lemah pada dugaan dunia
menjadi mata dan telinga mu
dikala kau buta dan tuli
Tapi aku tak bisa...

Aku mahu..
Kau jadi milikku..
tetap milikku..
hanya milikku..
tiada dia..
tiada mereka..
tiada siapa-siapa..
Tapi..
sesungguhnya..
AKU MEMANG TAK BISA...