Wednesday, May 19, 2010

Katanya, aku 'penakut'

Angin petang itu terasa dingin sedikit menampar kulit muka ku yang dipenuhi peluh. Dari pagi tadi aktiviti memotong besi ini tidak pandai siap.

"hoiii....mari minum petang dulu..ada orang belanja ni.."laungnya dari dalam ofis mewah ku. Aku bangun perlahan-lahan lenguh rasa kaki ku. Aku membuka leather glove dan melemparkan saja di situ. Aku berjalan malas. Sangat malas.

"emm..siapa belanja?..banyak juga..murah rezki kita hari ni..hahaha" aku tersenyum melihat 2 plastik roti pelbagai jenis di atas meja ku yang berhamburan dengan kertas-kertas yang berbau minyak.

"peminat kau lah..siapa lagi..si mika..hahahahahahha.."gelak besar dia bila menyebut nama orang tu.

"kau ni suka begitu bah..tapi nda apalah..aku pun lapar juga ni..hahahahha.." tawa kami bergabung.

"mm..mm...kenapa kau tidak mau keluar dating lagi?..aku tinguk si mika tu besungguh bah sama kau..? tiba-tiba sahabat karib ku bertanya soalan bonus.

"kau tiada soalan lain ka mau tanya.." jawab ku pendek sambil menjeling dia.

"pasal tiadalah maka aku tanya..kenapa?..kau mau tunggu dia lagi??...dia nda akan datang..kau sendiri juga yang cakap kan..dia sudah ada ruang untuk diri dan family dia.."katanya lagi seolah tidak berpuas hati.

Aku menghirup perlahan-lahan kopi 'o' suam hasil tangan sahabatku. Aku menyandar diri di kerusi buruk ku. Aku merenung wajah manusia ini dalam-dalam. "tebarus!" kata ku dalam hati.

"hemmm...aku sudah sebati bah dengan keadaan sekarang..sunyi..sendiri..sangat sebati..lagi pun..aku takut bah..."

"takut??..takut apanya??"dia merenung aku. Aku tunduk mencari-cari jawapan.

"Aku takut..kalau yang datang dan aku terima sepenuh hati, aku jaga..then again sekelip mata, he go away...dan tinggal aku. sendiri. sunyi..aku sudah penat untuk 'sakit'.."dia diam. Aku senyum.

"memang..memang aku sudah penat menunggu..janji-janjinya hari-hari aku bawa p mana-mana saja..kalau aku p jeti tu..aku bawa janji-janji dia..kadang-kadang aku berharap dia ada juga..tapi jauh dalam hati aku..dia sudah lama lupa..kau tau kan kenapa aku berabis duit beli kamera yang aku sendiri tidak tahu guna..kenapa aku bodoh kerja walau hari cuti..kau tahu kan kenapa.."jelasku panjang lebar. Aku menghirup perlahan kopi 'o' suam ku lagi.

"tapi sampai bila kawan...bagi peluang diri dan hati kau hidup happy..bukan hari-hari mau senyum paksa..macam mana lebar pun senyum kau tu..aku tau itu palsu...kamera kau tu..kerja bodoh time cuti..itu semua tidak mampu isi kekosongan kau tu...itu semua alasan saja..kau penakut sebenarnya...sangat-sangat penakut..." keras sungguh suaranya. Dia bangun dan berlalu.

Mataku mengekor dia dari belakang. Dan dia hilang. Aku menarik nafas dalam-dalam. Dan lepas sangat perlahan dan berat. Aku menghirup kopi 'o' suam hasil tangan sahabat ku.

"penakut???.." bisikku dalam hati. Sunyi lagi.

Tiada siapa yang tahu

"u tahu ka kenapa ada orang mau bunuh diri?"

"mungkin bila dia merasa sangat kosong, merasakan yang dia tiada apa-apa, jadi dia akan memilih untuk tiada lagi di muka bumi." jawabnya.

"Para samurai yang membuat harakiri kerana malu kalah perang...Romeo dan Juliet membunuh diri kerana kasih mereka yang terhalang. Pendek kata, pelbagai sebab yang menyebabkan orang itu mengambil keputusan untuk membunuh diri" jelasnya lagi

"tidak ada seorang pun yang tahu..melainkan diri si pembunuh diri itu sendiri.." kata ku. Aku membuang pandangan ke bawah. Terasa seperti air laut itu menarik-narik aku untuk terjun ke bawah dari tingkat 7 bangunan slipway. Dia diam dan memandang awan di dada langit, seperti mencari-cari sesuatu.

"banyak hal bila kita sendiri tidak pernah alami..kita akan bercakap itu dan ini.."kata ku lagi.

"tetapi, kadang-kadang orang bercakap itu dan ini berdasarkan kepada parameter yg telah sedia ada.."

"aku pernah pegi berjumpa kaunselor beberapa kali..durang cakap kaunselor ni ada pengalaman merawat orang yang 'jiwa kacau'...tapi tiap kali aku pegi...aku rasa macam dia buat lawak bodoh..hahahaha.." sekali lagi aku memandang ke bawah terasa seperti air laut itu menarik-narik aku untuk terjun ke bawah. Dia menarik bahu ku. Aku senyum. Mungkin dia takut kalau-kalau aku tiba-tiba terjun. Lucu.

"hahahaha....saya tak pernah percaya kepada kaunselor yg kununnya ada tauliah.. Saya tak pernah bersetuju dengan Dr Fadzilah Kamsah..." katanya sambil ketawa besar.

"orang tidak akan faham...aku pernah berada dan mengalami situasi itu...dan hanya aku yang tau kenapa ada orang mau bunuh diri.." aku memandang lagi ke bawah. Dan air laut itu tetap seperti menarik-narik aku untuk terjun ke bawah.

pergi lagi.

"good bye..talk to u tomorrow...muuaah..."

Dan dia pergi. Dan hanya akan kembali bila sang maharani tiada di sisi.

welcome to my world and meet my best friend.

"Sis.."

"ya..."

"this feeling is getting stronger..."

"haa??..feeling? what feeling?..."

Dia menoleh sekilas dan memandang damai petang di jeti itu. "as u said..we got chemistry.."

Aku renung dia. Perlahan-lahan aku membongkok kan diri dan duduk di hujung jeti itu. Seperti biasa aku menghayun perlahan kedua kaki ku bermain air tawar masin. Dan dia masih berdiri menikmati hembusan angin petang.

"dont u ever feel lonely?.."

"hahahaha....welcome to my world bro...dan 'sunyi' itu kawan baik aku.."jawab ku. Aku tersenyum sendiri.

Dia mengusap lembut ubun-ubun kepala ku.Lembut sentuhan itu.Aku mendongak.Pandangan kami bertemu. Dia senyum dan menyambung semula menikmati suasana petang d jeti itu.

"dia pernah datang lagi ke sini?" soalnya tiba-tiba.

"hemmmm....he promise to..."

"did he?"

Aku mendongak melihat dia yang masih berdiri di sebelah ku. Aku tutup mata. Rapat. Aku mendongak melihat awan. Tetap sama. Dan angin petang itu tetap bertiup perlahan dan membuai lembut rambut ku.

Saturday, May 15, 2010

Dia terlalu tamak.

"kau sudah dengar ka pasal cerita si Mister tu?.." tanya nya pagi tu.


"haa..cerita apa?" tanya ku balik padanya. Aku membuka welding mask ku. Aku memati kan api di muncung cutting torch ku.


"cerita pasal apa juga?.."tanya ku lagi.


"si Mister berenti kerja sudah kemarin..kosong sudah biliknya.."terangnya padaku.


"opis?.."


"opis sama quarters..pindah keluar sudah dia sama bininya petang kemarin juga...kesian bah juga kan.."katanya lagi.


Aku merenung tajam kemuka kawan karib ku ini. Aku mencari-cari wajah si Mister di dalam kotak fikiran ku. Aku bangun dan berjalan perlahan masuk ke dalam ofis mewah ku. Bau asap rokok dan minyak bermain-main dengan dingin air-con.

"kedapatan bah dia makan curi hasil kunun..durang dalam cerita lah..."katanya sambil mengekor aku masuk ke dalam opis mewah ku. Daun pintu di tutupnya perlahan.


"curi hasil???..maksud macam mana??..kan ada rekod??.."soalku balik pada kawan karib ku.


"hasil kontrak. Dia ubah. Hasil sikit tapi dia tambah..so duit lebih tu masuk poket dia..kan dia yang sign semua report hasil..."terang nya satu persatu.

Aku mendengar terhangguk-hangguk. Otak ku berpusing-pusing mengingat cerita-cerita pasal Si Mister ni.

"emmm...tamak sangat. Gaji beribu-ribu but stil mau curi ayam lagi..aku tau lama sudah bah itu..ada orang cerita..tapi malas aku mau heboh-heboh...itu lah sudah aku cakap jangan tamak sangat...jangan lukik sama orang-orang bawahan..naa..tinguk orang dia sendiri yang tikam dia..."terang ku pada nya. Malboro tiruan ku sedup dalam-dalam. Asap putih berebut-rebut keluar dari hidung ku.

"u know??? how come u know all this??..napa kau nda pernah cerita sama aku????...."tanya nya. Matanya macam mau tekeluar merenungku. Aku hanya senyum-senyum kambing. Perlahan-lahan aku bangun dan biarkan dia terus tertanya-tanya.

"aku mau pigi jeti jap.."

Friday, May 14, 2010

Jeti dan Langit itu tetap sama.

"jeti ini tidak pernah berubah..."bisik ku sendiri. Aku duduk kaki berjuntai di hujung jeti itu. Angin petang tetap sama. Bertiup perlahan dan membuai rambut ku lembut.

"aku ingat kau tidak mau datang ke sini lagi.."suara itu bertanya. Ada bunyi sindiran di hujung suara itu.

"emmm...ya.."jawab ku pendek. Aku menutup rapat mata ku. Aku mendongak ke langit. Ku buka mata. Langit tetap biru seperti selalu.

"tapi di sini saja tempat aku meluah rindu..melayan hati..tiada tempat lain lagi..."kata ku lagi pada suara itu.

"hahaha...aku sudah agak..."suara itu ketawa kecil.

****

"kita sudah sangat-sangat jarang berbicara kan...." aku memecah sunyi di suatu petang.

"maaf...aku terpaksa...hati terlalu sakit bila terlalu rindu pada u.."jawabnya.

"emmm....sekurang-kurangnya hello is enough...dan i akan tau u juga ingat kat aku.."kata ku seolah merajuk.

"i will...next time ok dear.."jawabnya. Tapi wajahnya kaku. Pandangannya jauh. Aku tidak dapat mengagak sejauh mana pandangannya.

"emm....ya..sekurang-kurangnya aku tau u ingat aku.."kata ku lagi. Aku menutup mata rapat dan mendongak langit. Bila ku buka mata langit tetap sama. Biru. Aku pandang kiri dan kanan. Kosong. Aku melihat permukaan air tawar masin itu dan hanya ada bebayang aku sendiri.

"hemmmm...."lelah yang sangat berat ku lepaskan. Dan angin petang tetap sama bertiup perlahan membuai lembut rambutku.

****

"Kenang-kenangan jadi rindu-rinduan..."kedengaran suara itu bernyanyi kecil.

"kau suka sakitkan hati aku kan..tiada moral support pun.."bisikku pada suara itu.

"hahahahahaha..."gelak suara itu.

Aku mendongak lagi langit dan menutup mata. Bila ku buka, langit tetap sama. Biru. Dan angin petang tetap bertiup perlahan membuai lembut rambutku.

Monday, May 10, 2010

Aku nampak dia..tapi dia diam saja.

"kau kenapa?" suara itu tanya aku. Aku diam.

"kenapa?.." tanya suara itu lagi. Aku diam.

"kau ni...aku tanya kau diam..kalau aku tidak tanya kau bilang aku tidak peduli kau.." bebel suara itu lagi.

"oh ya..aku nampak dia tadi..ada kau nampak dia??...aku nampak dia becerita-cerita di sana tadi...aku pikir dia cerita sama kau.." cerita suara itu. Aku diam.

"emm....sah bukan kau kalau macam itu...dia tidak nampak kau ka tadi?...hairan pula..kau limpas-limpas di situ dia tidak nampak..lain juga....kasihan kau kan..." kata suara tu lagi.

"Iya..aku nampak bah dia tu di situ...tapi dia diam-diam saja. Ada juga aku sound dia..tapi dia diam saja..jadi aku pun diam juga lah.." terang ku panjang lebar pada suara itu.

"hahahahaha....kasihan bah kan kau....hahahahaha.." ketawa besar suara itu. Aku diam saja.