"kau tidak pernah luah apa-apa dengan aku kan..kenapa dengan dia kau luah.." ada sedikit nada rajuk d hujung suaranya.
"emm..time tu aku geram..sakit hati sangat bah..kau tiada..ngam-ngam dia punya cerita yang sama dengan aku.." jawab ku perlahan.
Aku renung dia. Dia diam. Aku membuang pandang pada gelap malam. Langit sangat gelap. Tidak ada satu bintang pun. Hembusan angin malam sangat dingin. Mungkin mahu hujan.
"kau selalu begitu..tidak pernah mau berkongsi dengan aku..dengan dia boleh pula..." katanya lagi dengan nada rajuknya.
"kebetulan saja bah..lagipun.." kata-kataku terputus. Aku hilang kata. Mata ku liar melihat langit malam. Seolah mencari di situ.
"kenapa?.." tanya nya. "kau selalu begitu.." katanya lagi. Perlahan-lahan tangannya mengusap lembut kepala ku. Macam seorang ayah memujuk si kecil yang sedang merajuk.
"ntah lah..mungkin kebetulan dia ada situ..dan aku sangat-sangat perlukan pendengar..." kata ku. Aku tidak tahu mahu berkata apa. Aku tahu mungkin dia sedikit terasa. Aku merenung dia. Dia merenung langit malam.
"aku mahu kau selalu ada dengan aku...dan selalu ada bila aku mahu bercerita..tapi kau tidak mampu berbuat begitu..dan aku sangat tahu itu...dan mana mungkin aku meminta lebih...."bisik hati kecilku.
Aku mendongat melihat langit malam. Ku tutup mata rapat dan ku buka lagi. Gelap. Tiada bintang. Angin malam sangat dingin. Mungkin mahu hujan. Aku melihat ke kiri dan ke kanan. Ahhh..aku berbicara pada sunyi rupanya.
Dan kau pergi lagi. MACAM BISKUT.
No comments:
Post a Comment