Monday, January 18, 2010

BILA

Bila berkata..tuturlah ia dengan sopan
Bila berkata..janganlah terlalu menikam
Bila berkata..lapiklah ia dengan manisan rasa
Bila berkata..ingatlah siapa mendengar...

Bila mendengar..dengarlah dengan hati yang terbuka
Bila mendengar..dengarlah dengan berjuta makna
Bila mendengar..janganlah cepat terasa manisnya dan pahitnya dilempar
Bila mendengar..kenallah siapa yang berkata..

Bila memerhati..jangan memerhati disebelah hadapan dan belakang sahaja
Bila memerhati..jangan melihat di waktu terang sahaja
Bila memerhati..jangan kau pilih lorong-lorong yang sangat luas
Bila memerhati..jangan pernah tertinggal watak-watak yang kecil..

Dan bila kesimpulan mahu kau buat..
Cukupkah semuanya..
Yang berkata itu mana benarnya..
Yang mendengar itu dari mana suaranya..
Yang memerhati itu cukup kah liputannya..

Kasihan bah..
Kalau kau tersalah membuat kesimpulan..
Mungkin keadaan tidak seperti yang dikata
Mungkin keadaan tidak seperti yang didengar
Mungkin keadaan tidak seperti yang diperhatikan

No comments:

Post a Comment