Wednesday, January 20, 2010

FAHAMILAH..

Mula-mula memang, aku terlupa seketika siapa diri ini. Dan cuba menyisip masuk ke dalam kehidupan orang itu. Tapi jangan persalahkan aku seorang saja. Sebab orang itu terlalu pandai bermain kata menyulam rasa. Dan aku pada ketika itu terasa di buai dengan cerita-cerita dongengan yang sememangnya kegemaran ku sejak kecil lagi, terlena dan terus hanyut.

Tapi kini aku sudah sedar. Dan kesedaran itu wujud atas kemahuan sendiri dan bukan paksaan atau pengaruh orang lain. Aku tidak mahu menjadi penawar dan pada masa yang sama menjadi racun. Fahami lah..aku telah pun meninggal kan orang itu. Bukan sebab aku tewas atau lemah. Tapi sebab aku rasa itu adalah jalan yang terbaik.

Orang itu punya orang-orang yang lebih memerlukan dia. Dan aku hanya igauan sementara. Aku tidak pernah mahu menyakiti orang lain. Dan aku juga tidak mahu terusan menjadi subjek dan objek perbualan orang. Dan andai orang itu masih punya masalah dengan orang-orang di sekeliling dia..maka ia tidak berkaitan langsung dengan aku.

Jujur aku akui, aku sangat gembira dan tenang selepas meninggalkan dan melepaskan igauan semntara itu. Aku gembira..aku punya kawan-kawan yang bukan seperti orang-orang yang awujud di sekeliling dia. Kawan-kawan aku sentiasa mau melihat aku gembira dan kawan-kawan aku bukan golongan orang-orang yang terus terusan mencari kesalahan orang lain untuk memburukkan lagi keadaan.

Aku cuma mau hidup yang sederhana. Penuh dengan senyuman dan ketawa. Tidak perlu terlalu rumit dan tidak memeningkan kepala. Aku mau orang-orang yang hidup di sekeliling aku turut merasa aura kegembiraan itu.

Aku sangat gembira sekarang.. aku ada kawan..si dia dan si dia dan si dia dan si dia....

No comments:

Post a Comment