Wednesday, January 27, 2010

Taugeh dan Botol Jem

Tengah hari tadi aku lunch berlaukkan ayam goreng dan sayur campur dan taugeh.
Teringat waktu dulu, semasa keadaan agak menghimpit keluarga.
Suatu hari aku yang waktu aku berada dalam darjah 6 dan adik ku Ku Po dalam darjah 1 rasanya. Kami menjamu selera makan tengah hari dengan nasi putih berlaukkan sayur taugeh tumis. Sayur taugeh sahaja dengan nasi putih yang di isi di dalam botol jem kaca kecil rasa-rasanya yang tidak sampai 500g dan kami berkongsi makan dari sebiji botol jem itu.
Sedap. Kami makan bersama-sama kawan yang lain di taman sekolah. Seronok sangat. Walaupun hanya aku dan adikku sahaja yang punya lauk tengahari yang begitu, tapi kami seolah-olah menghadap lauk yang sangat sedap dan istimewa.
Sampai sekarang kalau terpandang sayur taugeh dan botol jem, pasti akan teringat waktu tu.
Walaupun hanya nasi putih dan sayur taugeh yang di isi dalam botol jem kecil...tapi nikmatnya mengalahkan KFC atau PIZZA HUT.

No comments:

Post a Comment