Tuesday, April 20, 2010

Dan aku bilang "tidak apa...."



"sampai bila kau mau begini?.." dia tanya aku. Aku diam. Dagu ku sudah merapat ke lutut ku. Ku peluk erat lutut ku. Rasa sejuk.


"weiii..aku cakap sama kau bah ni...samapi bila kau mau begini?.." tanya nya lagi. Aku diam.

"bodoh! sudah aku bilangkan..jangan biarkan cerita yang dulu berulang..kau keras kepala..kau buta ka apa??...siapa suruh kau mendaki angan angan meninggi gunung...sekarang apa yang kau dapat??.." dia berjalan mundu mandir di depan ku. Aku diam.


"aku tidak faham kau ni..dulu dengan TK pun begitu...dengan si anu pun begitu..dan dengan ini pun sama..apa masalah kau hahh?..sudah lah..sedarlah diri tu..jangan bertongkat dengan ampulur..tidak terjamin kukuhnya...jangan bersandar pada dongengan..itu tidak nyata..jangan menggenggam pasir..pasti dia akan keluar dari celah celah jari kau.." dia duduk bersila di hadapan ku. Dia mengangkat muka ku. Aku diam menahan sebak. pandangan kabur. Dia senyum. Mengusap perlahan rambutku. Aku menutup mata.


"tidak salah kalau kau mahu bermimpi yang indah indah...tapi jangan sampai kau terbuai jauh..kau kalah dalam permainan kau sendiri..ya..dia sayang kau..tapi apa yang dia boleh buat..dan ya kau sayang dia..tapi apa yang boleh kau buat..." bisiknya halus sambil mengusap lembut rambut ku. Aku menutup mata.


"tidak apa....aku akan tunggu di simpang itu..mana tau masa itu boleh berpusing semula..."balas ku perlahan. Aku membuka mata. Dan dia tidak ada di situ. Hanya aku sendiri. Gelap.

No comments:

Post a Comment