Monday, April 19, 2010

Janji Mu pada Ku

"Hai...."
"Hai juga..." aku mendongak tidak lama. Dia berdiri membelakang sang matahari. Silau. Cepat-cepat aku tunduk semula. Dia ambil tempat betul-betul di sebelahku. Duduk dan turut menjuntaikan kakinya ke bawah.

"Hoiiii...jahat bah ni..hahahhahhaha.." Aku cuba mengelak daripada terkena percikan air sungai tawar masin itu. Dia senyum. Aman. Petang-petang begini rasa aman pula di jeti kecil ni. Biasanya di sini akan sibuk dengan pemunggahan balak atau bundlan plywood, tapi hari ni senyap. Hanya ada aku dan dia.

"Ko nda takut nanti ada buaya, naaa...siapa mau selamatkan ko?..hehehehe.."
"Ko kan ada..ko lah kasi selamat aku..nda kan sampai hati mu biar aku..." Aku menjeling ke arahnya. Dia senyum. Aku menghayu-hayunkan kaki bermain air tawar masin itu. Sesekali air percikan terkena mukanya. Dan aku ketawa kecil.

"Kalau aku tiada macam mana?..siapa mau kasi selamat ko?.." Dia bangun dan duduk mencangkung di sebelahku..Tangannya memeluk lutut.Pandangannya jauh.

"Kenapa?..ko mau pegi mana?..kau sudah janjikan..selagi aku belum naik train, ko akan ada di sisi aku.. a shoulder for me to cry...jangan ko lupa.." Kaki ku masih lagi bemain air. Sejuk. Sesekali percikan air terkena mukanya. Dan aku ketawa kecil.

"Dulu..ko cakap aku sudah tau situasi sebenar..dan ko mau kita tetap macam dulu..ko nda mau aku lari-lari dari ko kan..ko lupa sudah ka?.." Aku menjeling dia lagi. Dia senyum.

"Janji yang ko akan naik train yang seterusnya..jangan tunggu train yang sudah lepas..train tu mungkin one way ticket ja tau..so kau jangan tunggu...naik saja train yang seterusnya.." Dia menyapu lembut helaian rambut ku yang menutup mata. Aku biarkan saja. Aku senyum.

"Dengar sini.." Dia memegang kedua bahu ku dan menarik aku duduk betul-betul menghadap mukanya. Sayu. "Dengar sini....janji sama aku ko jangan lepaskan train seterusnya...janji..jangan tunggu lagi...." Dia menggoncang sedikit keras bahu ku. Matanya tidak berkelip. Aku sayu. Aku tahu maksudnya.

"Aku tidak mahu...biarlah aku tetap berdiri di situ dan menunggu. Belum tahu train yang seterusnya itu ada tempat untuk aku..biarlah aku terus bermain air di jeti ni... ko jangan buat-buat lupa janji ko...best friend tidak pernah lupa janji dia.." Aku menolak tangannya. Aku kembali dengan bermain dengan air tawar masin itu. Sesekali percikan air terkena mukanya. Aku ketawa kecil. Tapi kali ini, air mata ku turut sama jatuh dan bercampur dengan air tawar masin itu.

*Viper6115*

No comments:

Post a Comment