Thursday, February 25, 2010

Bahagia ku singkat dan aku mau rehat.

Cantik Fauziah dengan baju pengatin kebaya moden warna emas.Sayang aku tidak dapat pergi hari tu.Bertahun-tahun kami tidak jumpa.Pada hari perkahwinan dia pun aku tidak dapat datang.Tapi tidak ada pula gambar dia berdua dengan suami dia.

Bila tengok gambar Kawin fauziah,aku ingat time aku kawin dulu.Aku menangis terus.Tidak tahu lah samaada,aku nangis gembira atau sedih.Hanya mereka-mereka saja yang tahu.Tapi sayang,alam perkahwinan aku tidak lama.Terlalu banyak campur tangan orang luar,buat aku bosan.Di tambah lagi dengan sifat dia yang..ntah lah.Mungkin bukan jodoh kami.

Sangat susah untuk mencari bahagia rupanya.Dulu,aku ingat aku sudah pilih dan buat keputusan yang betul.Tapi,rupanya..aku rebah..tersungkur..Mungkin aku salah?? Tapi aku sudah berusaha untuk cuba bertahan.Tapi akhirnya aku terduduk juga.Sedih???..sangat sedih.Tapi aku takut untuk menangis depan mama dan bapa aku.Aku tidak mahu mereka tahu aku sakit.Tapi aku tahu mama pasti tahu.Cuma mama tidak mahu bertanya.Terima kasih mama.

"bila lah mama boleh tengok kau duduk bemanja dengan laki kau,macam orang lain..mama mau betul tengak kau macam orang lain bah..gembira ada keluarga sendiri..." Suatu hari mama tanya begitu sama aku.Tapi aku tidak dapat jawab.Senyum.Senyum saja lah yang aku dapat bagi.

Mungkin suatu hari aku jumpa juga bahagia aku.Tapi aku macam sudah penat mengharap dan menunggu..sebab terasa macam aku bahagia sekejap kemudian terjatuh.luka.Aku sudah tida mau berharap lagi.Cukup lah.Aku sudah penat.Aku mau duduk dan melihat dan berehat dalam dunia fantasi aku yang cukup indah.

No comments:

Post a Comment