Tuesday, February 2, 2010

Janji ku pada wanita itu

Seandainya aku boleh bersuara, aku mau semua orang tahu apa sebenarnya yang terjadi.
Ya..aku hanya manusia biasa. kadang kala aku tersilap menilai dan tersilap memandang.
Tapi..aku telah sedar. aku sedar aku tidak boleh masuk dan mengambil hak seseorang dengan begitu mudah. aku telah berjanji dengan wanita itu andai benar dia tidak merelakan maka aku akan melangkah pergi. aku mahu melangkah pergi sebagai seorang wanita yang mempunyai rasa hormat kapada wanita lain.
Andai aku 'nakal' ketahuilah 'nakal' ku tidak mampu melukakan hati wanita itu. maka aku pergi. tapi bukan sebab aku terlalu ramai pilihan,atau ada orang lain yang menunggu walaupun sesungguhnya pilihan itu memang ada di depan mata dan lebih menjaminkan kemewahan dan kesenangan duniawi.tapi paling utama, aku pergi kerana janji itu dan rasa hormat aku pada wanita itu.
aku hanya wanita biasa..kadang keliru dengan perasaan cinta. tapi aku telah sedar..
dan kini aku telah jauh masuk kembali ke alam dan dunia aku sendiri. aku bahagia begini walaupun ada yang mengata aku hidup dalam awang-awangan fantasi buatan ku sendiri. tapi sekurang-kurangnya aku tidak punya kaitan lagi dengan kejadian di dunia luar sana.

No comments:

Post a Comment