Friday, February 5, 2010

Si penjual ubat dan pesakitnya.

Si penjual ubat sudah jumpa pesakitnya
Si penjual ubat sudah dapat pembeli ubatnya
Si penjual ubat tersenyum sebab pesakitnya tidak alergi pada ubat-ubatnya

Tapi...
suatu hari..
Si penjual ubat keliru..seolah dia lupa di mana ubat-ubatnya tersimpan
Si penjual ubat bertanya dengan semua orang..
macam-macam jawapan dia dapat..bercanggah canggah..bersimpang siur
Si penjual ubat bingung..terlupa dia seketika pada pesakitnya..
Si penjual ubat mencari-cari lagi..semakin ramai pula orang membantu
untuk mencari..dan pesakitnya tertinggal di belakang.diam.keliru.
Si penjual ubat berpusing-pusing mencari..berbekal maklumat orang-orang
mencari dan mencari. bertanya dan bertanya..
akhirnya Si penjual ubat lelah.penat.lenguh sudah kakinya.
terlupa sudah kondisi pesakitnya.

Dan akhirnya..
Si penjual ubat mengalah..dan berpaling pada pesakitnya yang keliru..
"aku tidak jumpa ubat ku..aku cuba buat balik tapi aku lupa. orang-orang itu ajar aku..tapi bercanggah.tidak sama..pergi lah..aku pening..aku minta maaf.."
Pesakitnya kaku.keliru.tidak tau..tidak sempat dia menjawab dan bersuara
Si penjual ubat sudah pergi.
dan pesakitnya terduduk di situ.kaku.dan orang-orang senyum.melambai-lambai si penjual ubat yang sudah jauh pergi sambil melirik sinis pada pesakitnya.kaku.kelu.

No comments:

Post a Comment