Sunday, February 7, 2010

Minyak kotor dan Grease hitam

Dulu..
bau busuk minyak kotor dan grease hitam itu permainanku
orang-orang cakap,ia busuk..lekit.
aku senyum..senyum..senyum
aku kata, "busuk ka?? tidak perasan pula.." dan senyum lagi.
aku cuci tangan.sabun.gosok..
ada yang terpalit di seluar jeansku yang berjenama mahal.aku cuci
bau lagi.greasae hitam pekat.masih ada kesanya..
aahhh..biarlah sebab bisuk aku bermain lagi..

Suatu hari..
Aku cuba meninggalkan minyak kotor dan greas hitam
tapi macam masih terasa bau dan lekitnya di tangan
dan calitan sisa kesan kotoran di seluar jeans ku yang mahal
aku melangkah pergi..melangkah masuk ketempat yang tiada bau busuk
tiada minyak kotor..tiada grease hitam..
aku sembunyikan tanganku yang masih berbau minyak kotor dan lekit grease hitam
seluar jeansku yang mahal sudah berganti..
aku melangkah..melangkah..melangkah..ada orang tunggu aku
dan melangkah lagi..satu simpang.ada orang.orang itu cakap...
"pergi..kau busuk.kau lupa tukar kasutmu..langkahmu ada kesan minyak hitam.kotor.busuk..pergi.."
"pergi..jangan kotorkan tempat permainan kami..kau mau anak2 kami terkena kekotoran kau?? kau mau perempuan-perempuan kami menangis kerana kau mencemarkan haruman mereka??..pergi!"
aku berhenti.aku melihat kedua tanganku.aku melihat tapak kasutku.aku meenghidu bajuku.
aku tunduk.malu.sedar.aku senyum.aku pandang orang itu.aku senyum lagi.
"maaf.aku tidak berniat.maaf lagi sekali."

Dan hari ini..
aku kembali bermain dengan minyak kotor dan grease hitam..
calitan sisa kotoran yang terkena pada jeans mahalku,aku biarkan saja
sebab esok aku bermain lagi..dan lusa dan hari seterusnya..
aku hanya dapat memandang orang-orang di simpang itu..ketawa.gembira semula
aku hanya mencuri curi pandang..seperti ada yang melambai memanggil..tapi aku hanya mampu mencuri pandang.
"maaf..tempatku bukan di situ.."
aku senyum pada lambaian itu.
dan aku terus berbau busuk dengan minyak kotor dan grease hitam.

4 comments:

  1. Kalau semalam bermain dengan gris, hari ini bermain dengan gris, dan terus berada dalam bilik yang penuh dengan tumpahan gris, maka grislah yang kita dapat. Sesekali, sedutlah udara yang ada di luar, dan kamu akan dapati udara luar memang segar. Dan sesungguhnya, udara segar itu adalah milik mutlak Allah dan kita sebagai hambaNya mempunyai hak atas udara segar itu. Tiada sesiapa yang boleh mendakwa udara itu miliknya, kerana segala kejadian merupakan kun fayakun daripada Dia.

    ReplyDelete
  2. dari kejauhan aku menghidu dan menyedut udara segar itu.wangi.segar..hanya dari kejauhan saja.,sebab takut bau busuk grease dan minyak mencemarkan udara itu..

    ReplyDelete
  3. sis, cuba la jadi pekebun bunga. u know wat i mean. ;)

    ReplyDelete
  4. Sis Mas..
    takut nanti bunga yang di sentuh terkena grease dan minyak kotor.. :(

    ReplyDelete