Saturday, February 6, 2010

Sahabatku yang karib-2

"Julian are u ok?"

Julian mengangkat muka.Lebam pada mata sebelah kirinya nampak seperti baru.Dia senyum.

"ok bah.." jawab Julian.Senyum tapi kelat.
"aku dah biasa bah begini..aahh..tiada apa-apalah..."

Julian menekan-nekan lebam di matanya.Dia berdiri melangkah ke dapur.Mata ku mengikut dia dari belakang.Hilang.Kemudian muncul dengan saputangan kecil di dalamnya ketulan ais.

"emm..kenapa?..i mean,apa yang jadi..kamu gaduh ka?.."
"hahahaha...nda.aksi melampau..hahahahhaha.." kuat ketawanya.bergegar-gegar bahu Julian.

"ada pula.."
"ofcourse lah.we have a fight last nite.."
"pasal apa juga..nda kan sampai betumbuk..dia pikir kau lelaki ka?..bodoh punya orang tua.." Naik pula darah ku.kontrol.
"hahaha..dia tejumpa aku dengan lelaki lain..dia jeles.."
"tapi nda kan lah sampai begitu sekali..atau.."
"hahahaha...ya..well dalam club..dan tengah stim bah itu...hahahahha"
"gila bah kau ni...kau kan sudah ada dia,buat apa mau cari lelaki lain..kau tidak sayang dia ka?..nasib penumbuk ja kau dapat..kalau lain..."

Aku renung muka Julian.Tenang.Macam tiada perasaan.

"siapa suruh orang tua tu lebihkan bini dia..datang jumpa aku bila dia perlu..kalau aku perlu macam mana..sudahlah begitu..datang setakat di siring-siring ja rasa buat apa...dia saja lah yang puas..sudahlah tua tidak sedar diri..."

Luah Julian.Merah mukanya.Geram.Sapu tangan kecil berisi ais tadi di lemparkan mengena dinding.Tekejut aku.Aku mengucap dalam hati.Tunduk.

"bodoh betul..dia fikir aku tidak laku ka??..ramai bah lelaki mau aku..aku ja bodoh masi mau dia.Orang tua bodoh..benci aku bah.."

Aku senyum.Cuba menyejukkan hati Julian yang memang gila.Patutlah kau kena belasah.Dah kau pegi menggatal buat apa.

"rilek.rilek..ya dia memang bodoh..aku tau..tapi kau sayang juga dia kan.salah juga bah kau tu..nda payahlah kau marah-marah..nanti lambat baik muka mu tu..."

Pujuk ku.Aku senyum.Julian menjeling.Aku senyum lagi.
Aku hairan,kenapa Julian masih mahu bersama dengan lelaki tua itu.Mampukah lelaki tua tu melayan nafsu Julian.Heran.Benci-benci pun sayang juga.Ya..sayang pada poket lelaki tua itu saja.Julian..Julian..sampai bila kau mahu bertahan macam ini.

"kau tu..jual mahal betul..kawan aku tu balik-balik tanya pasal kau..naik rimas aku.."

Tiba-tiba pula Julian memecah sunyi.Aku merenung Julian.Aku senyum.

"nda apalah..lain kali saja.Busy lah i...hahahahaha.."
"hemm..busy apa juga lah kau tu..bukannya ada boypren pun..kau nda boring ka dengan hidup kau..kau sudah lama bebas..kau berhak buat apa saja bah sekarang..sampai bila kau mau macam ini..grow up gal! have fun!.."

Aku renung Julian.Senyum.

"oklah..aku cau dulu..bisuk aku kerja..kau jaga diri..jangan bagi orang tua tu pukul kau lagi..next time ja lah aku have fun dengan kau...aku belanja..hahahahha..."
"sudahlah..nda payah cakap lah..merajuk lah tu..itu lah laju ja mau lari..."
"nda bah..mau merajuk apa pula..aku bisuk keja..kalau nda keja mau makan apa..."
"emmm...ya lah...just take care ok...sayang.."
"yup..."
"lupa kan dia..semua tu sudah limpas..bukan semua lelaki macam dia..."

Aku berdiri.Julian berdiri.Kami melangkah menuju pintu.Dia mengusap ubun-ubun kepala ku.Aku tunduk tidak berani memandang Julian.Aku tau kau faham Julian kenapa aku begeni,seperti mana aku faham kenapa kau jadi si kupu-kupu malam.

2 comments:

  1. Membaca blog anda seperti saya membaca sebuah novel. Tahniah punya bakat menulis

    ReplyDelete
  2. Terima kasih..
    Jangan lah memuji En.Msom.
    saya hanya lah penulis diari sahaja..dan semua ini pun berkaitan diri dan pengalaman saya sendiri.setakat menulis untuk pembacaan sendiri boleh lah.Saya tak sangka ada juga orang yang sudi membaca...lagi sekali terima kasih kerana sudi memuji.

    ReplyDelete