Tuesday, June 1, 2010

Aku rindu tapi Wajah CINTA ada kecewa.

"if i go out wiith u..will u be mine?" tanya ku pada dia.

"if u go out with him..will he be yours??.."tanya nya pula pada ku.

"sekurangnya kalau kau keluar dengan aku..kau akan belajar sesuatu pasal photografi..tapi kau keluar dengan dia..apa yang kau dapat..."katanya lagi.

"itu bukan jawapan yang aku mahu!"kataku sedikit geram. Aku memandang jauh ke hadapan seluas pandangan mata. Ada sebak di dada. Tapi aku cuba untuk mengawal. Aku tidak mahu dia tahu.

"i just want u to learn more about photografi..u are wasting ur time and chances...do u realise that.."katanya. Suaranya sedikit perlahan. Ada nada kekecewaan dalam getar suara itu.

Aku diam. Aku merenung wajahnya. Ada lukisan kecewa pada wajah itu. Wajah yang amat aku rindu. Wajah yang amat aku rindu untuk ku sentuh dan belai. Aku tahu aku salah. Aku tahu ada kebenaran dalam kata-katanya itu.

Dia diam. Dia merenung aku. Jarinya singgah menyapu rambut lurusku yang hampir menutup muka ku.

"aku mau kau seiring dengan yang lain..aku tidak mahu kau berundur.."bisiknya lembut ke telingaku. Nafas hangat nya menyapu telinga dan pipi ku. Ada getaran. Aku cuba berpaling melihat dia, tapi tidak berani. Aku jadi lemah.

Aku menutup mata rapat. Seolah terasa hembusan nafasnya mengalir keseluruh badanku. Sentuhan jari jemarinya terasa merayap kesegenap perasaan. Aku lemah. Aku rindu.

Aku buka mata.Aku mendongak langit. Tetap biru. Aku melihat permukaan air tawar masin itu tenang. Aku melihat bayangan di atas air. Hanya ada aku. Aku menutup mata lagi dan membukanya. Hanya ada aku.

"aahhh..betapa aku rindu pada mu CINTA.."bisikku. Hati sebak. Angin petang d jeti itu bertiup perlahan. Membuai lembut rambut lurusku. Dan air mata turun umpama manik-manik halus menyapa salam kerinduan pada angin petang.

"aku amat rindu.."bisikku lagi.

No comments:

Post a Comment