Thursday, June 3, 2010

Aku tidak pernah salahkan Dia.

"u kena jaga diri bagus-bagus..aku tidak akan ada selalu untuk u.."katanya suatu petang.

"u kena fikir apa yang lebih penting dalam hidup..aku sedar aku punca kau jadi begini..aku tidak mau suatu hari nanti kau hidup susah..kau faham kan?.."

Aku membiarkan saja dia berkata-kata sendiri. Aku tidak mengiya tidak juga menidak. Aku sangat faham maksudnya itu. Aku amat hargai. Tapi kadang-kadang dia terlalu merimaskan. Aku tidak pernah menyalahkan dia, walau sedikit pun atas apa yang telah terjadi. Aku tau, itu semua atas kemahuan aku sendiri. Tidak di paksa.

"kau dengar ka apa aku cakap?"tanyanya lagi.

"ya bah..aku faham..."jawabku pendek. Aku tersenyum-senyum melihat telatah budak-budak yang sedang main bubut-bubut. Aku merenung dia. Dia merenung aku. Matanya sayu. Ada kesedihan dalam matanya. Aku tahu. Tapi aku tidak akan bertanya. Sebab kesedihan itu untuk aku. Dan aku amat tahu.

"hemmmm...kau macam tidak pernah mau serius dalam hidup kau kan..sampai bila kau mau begini?"berat sungguh keluhan lelaki ini. Aku senyum. Aku melarikan pandangan pada budak-budak di pandang.

"Kenapa?..apa yang kau risau betul ni?..aku ok bah..aku tidak pernah menyesal dengan apa yang jadi..mungkin bukan jodoh aku dengan dia..kau kan ada..kau kan selalu akan tolong aku kalau ada apa-apa..."kataku padanya. Aku senyum dan menjeling padanya. Wajahnya tetap begitu. Kerisauan yang tidak pernah sudah.

"tapi aku tidak boleh selalu ada dengan kau..kau pun tau kan..kau mesti pandai jaga diri sendiri kau faham kan. Aku mau kau cari lelaki yang baik..yang boleh jaga kau sampai bila-bila..sampai bila kau mau begini..selagi kau belum ada lelaki yang betul-betul kau sayang dan boleh kau harap..aku tidak akan senang.."katanya lagi. Dia membuang pandangan ke hujung padang.

"jangan la bah kau risau..ada juga tu lelaki mau aku..kalau ada sudah pilihan hati ku..nanti aku kenalkan sama kau ok..aku janji.."kataku sambil mengenyit mata padanya. Dia senyum. Tapi tidak manis.

"kau ni..aku cakap serius dia main-main.."katanya sambil tangannya cuba menyentuh kepala ku. Tapi aku sempat mengelak.

"mari lah..aku hantar kau balik..mau gelap sudah.."dia bangun dan berjalan menuju hilux kelabunya.

Aku memerhati dia berjalan perlahan. Aku tahu dia rasa bersalah. Tapi aku tidak pernah salahkan dia. Jalan yang aku pilih mungkin ada sedikit kerana dia. Tapi aku tidak pernah salahkan dia.

"hoii!!..cepat lah...berkhayal lagi.."teriaknya mengejutkan aku. Aku cepat-cepat berlari anak masuk ke dalam hilux kelabunya.

No comments:

Post a Comment