Friday, June 11, 2010

CINTA..aku akan tetap merindu.

"sudah lama kau nda datang sini..."kata suara itu.
"iya..aku sedikit bz dengan keja..tapi aku tidak pernah lupa.."kataku.

Angin petang itu bertiup perlahan. Macam biasa. Sangat nyaman. Rambut lurus ku yang ku biar kan lepas menari-nari di buai angin petang. Aku melabuhkan diri di hujung jeti itu. Kaki ku, ku juntai mencecah air tawar masin. Sejuk. Aku senyum.

"aku tidak pernah lupa..walau sedetik pun..ingatan ku cukup kuat untuk itu..."kataku lagi.

Ada sebuat bot kecil berlabuh di hujung sana. Bot itu bergerak-gerak di buai air tawar masin. Aku senyum

"tapi orang lain sudah lama lupa akan jeti ini...kau tau??..kau mesti tidak tau kan..sebab kau terlalu bz..."kata suara itu. Ada sedikit nada sinis. Aku membuang pandangan ke bot kecil itu.

"tapi aku nda pernah lupa..."kataku.

"kau bukan tidak pernah lupa jeti ni..tapi kau tidak pernah lupa apa yang jeti ini saksikan..hahaha"suara itu ketawa kecil.

"ahh...kau ni..kalau aku ingat itu semua..maknanya aku ingat juga jeti ni..sama la ba itu..."kataku sedikit keras.

"hehehehe...kau marah...aku main-main ja bah.."kata suara itu.

"aku sunyi..aku sunyi sekali bah...aku ada kawan-kawan..tapi kadang-kadang aku sangat sunyi..aku mau sesuatu itu jadi milik aku secara total..totaly mine...tapi aku tidak boleh..kenapa ya.."

"hahahaha..kenapa sekarang baru kau perasan akan kesunyian kau tu?..kan dulu kau dan sunyi itu bestfriend..kenapa sekarang kau mengeluh?...bukan ka kau cakap kau sudah sebati...hahahaha.." Suara itu menghambur tawa. Seolah ada lawak yang mengena padanya. Aku diam saja.

"Bukan ka kau ada CINTA?... mana dia? kenapa dia tidak datang memadu kasih dan membisik rindu pada kau?.. mana CINTA kau?.. kau ingat aku tidak tahu.. aku tahu semua.. kadang-kadang CINTA mu macam Dia juga kan... ada di situ..tapi berdiam diri sebab sang Maharani sedang mengukir senyum... hahahaha...kau sangat sayang pada CINTA mu.. tapi sayang CINTA mu itu di dalam kaca...kau mampu tinguk saja.."kata suara itu lagi.

Aku diam. Sakit hatiku mendengar suara itu. Aku menutup mata. Rapat-rapat. Aku buka dan mendongak ke langit. Biru..tetap sama. Angin petang bertiup perlahan. Tanpa sedar air mata ku jatuh. Satu..satu..hati sebak.

"aku tau. Aku hanya mampu meninguk saja...aku sangat tahu itu.. dan CINTA pun sangat tahu itu..aku mahu menghargai apa yang ada...kau tidak pernah akan faham..."

"aku tidak faham??..hahahaha...sekurang-kurangnya, aku tidak merindu pada bulan dan bintang yang tinggi di atas sana...hahahahaha"kata suara itu lagi. Ketawa nya kian jauh kedengaran.

"Tidak apa lah.. aku sangat menghargai CINTA ku..walaupun dia jauh di balik kaca..aku tetap tidak akan berhenti merindu..kau ketawalah..aku akan tetap merindu.."kataku separuh berbisik.

Dan angin petang tetap bertiup perlahan. Seolah cuba membawa pergi rindu ini terbang berbisik pada CINTA yang jauh di sana. Aku senyum sendiri. Dan terasa CINTA sangat dekat di hati.

No comments:

Post a Comment