Wednesday, May 26, 2010

aku mahu, tapi aku tidak tahu.

"so..are u coming or not?.." tanya nya. Angin petang di jeti tetap sama. Bertiup perlahan. Awan sangat biru. Rambut lurusku menari-nari di buai angin.

"hemmm....."aku melepaskan keluhan yang sangat berat. Ku buang pandangan ku jauh menyentuh kaki langit. Aku duduk bersila. sambil menongkat dagu.

"im asking u again..are u coming or not?..u want to learn kan??..so ini peluang u...but still its up to u.." soalnya lagi.

Aku diam. Aku tidak tau. Aku mahu. Sangat mahu. Tapi aku tidak tahu. Angin petang terusbertiup perlahan, membuai lembut rambut lurus ku.

"ill think about it..."jawab ku pendek.

*******

"gud news...aku dapat 1 seat lagi...bah jom ikut aku..." bunyi nya sangat gembira.

"oh ya ka??...emmm.."

"jom lah..aku kan sudah janji sama kau..aku akan bawa kau sekali...aku akan rasa besalah kalau kau nda dapat join..." katanya penuh semangat.

"we being waiting for it kan..." katanya lagi. Suaranya cukup menggambarkan kegembiraannya saat tu.

"i ll think about it ok..." jawabku pendek.

******

"dear..."

Aku membuka mata. Aku lihat langit. Biru. Dan angin tetap bertiup perlahan dan membuai lembut rambut lurusku. Aku rindu suara itu. Ingin ku sentuh tapi tidak tahu di mana. Sangat rindu. Aku tutup mata lagi. Mendongak ke langit dan langit tetap biru. Aku melihat permukaan air tawar masin. Tenang dan hanya ada satu bebayang yang aku nampak.

"hemmmm....." aku melepaskan keluhan maha berat. Perlahan-lahan aku memaksa diri untuk berdiri dan melihat kaki langit.

"Aku mau kau seiring dengan yang lain.."bisikan nya sayup-sayup kedengaran di telinga ku.

"Im not going...maybe not this time.." bisikku perlahan.

Aku melangkah malas perlahan-lahan meninggalkan jeti itu. Aku tidak tahu. Sangat tidak tahu. Walaupun aku mahu, tapi aku tidak tahu. Sangat tidak tahu.

No comments:

Post a Comment