Wednesday, May 19, 2010

Katanya, aku 'penakut'

Angin petang itu terasa dingin sedikit menampar kulit muka ku yang dipenuhi peluh. Dari pagi tadi aktiviti memotong besi ini tidak pandai siap.

"hoiii....mari minum petang dulu..ada orang belanja ni.."laungnya dari dalam ofis mewah ku. Aku bangun perlahan-lahan lenguh rasa kaki ku. Aku membuka leather glove dan melemparkan saja di situ. Aku berjalan malas. Sangat malas.

"emm..siapa belanja?..banyak juga..murah rezki kita hari ni..hahaha" aku tersenyum melihat 2 plastik roti pelbagai jenis di atas meja ku yang berhamburan dengan kertas-kertas yang berbau minyak.

"peminat kau lah..siapa lagi..si mika..hahahahahahha.."gelak besar dia bila menyebut nama orang tu.

"kau ni suka begitu bah..tapi nda apalah..aku pun lapar juga ni..hahahahha.." tawa kami bergabung.

"mm..mm...kenapa kau tidak mau keluar dating lagi?..aku tinguk si mika tu besungguh bah sama kau..? tiba-tiba sahabat karib ku bertanya soalan bonus.

"kau tiada soalan lain ka mau tanya.." jawab ku pendek sambil menjeling dia.

"pasal tiadalah maka aku tanya..kenapa?..kau mau tunggu dia lagi??...dia nda akan datang..kau sendiri juga yang cakap kan..dia sudah ada ruang untuk diri dan family dia.."katanya lagi seolah tidak berpuas hati.

Aku menghirup perlahan-lahan kopi 'o' suam hasil tangan sahabatku. Aku menyandar diri di kerusi buruk ku. Aku merenung wajah manusia ini dalam-dalam. "tebarus!" kata ku dalam hati.

"hemmm...aku sudah sebati bah dengan keadaan sekarang..sunyi..sendiri..sangat sebati..lagi pun..aku takut bah..."

"takut??..takut apanya??"dia merenung aku. Aku tunduk mencari-cari jawapan.

"Aku takut..kalau yang datang dan aku terima sepenuh hati, aku jaga..then again sekelip mata, he go away...dan tinggal aku. sendiri. sunyi..aku sudah penat untuk 'sakit'.."dia diam. Aku senyum.

"memang..memang aku sudah penat menunggu..janji-janjinya hari-hari aku bawa p mana-mana saja..kalau aku p jeti tu..aku bawa janji-janji dia..kadang-kadang aku berharap dia ada juga..tapi jauh dalam hati aku..dia sudah lama lupa..kau tau kan kenapa aku berabis duit beli kamera yang aku sendiri tidak tahu guna..kenapa aku bodoh kerja walau hari cuti..kau tahu kan kenapa.."jelasku panjang lebar. Aku menghirup perlahan kopi 'o' suam ku lagi.

"tapi sampai bila kawan...bagi peluang diri dan hati kau hidup happy..bukan hari-hari mau senyum paksa..macam mana lebar pun senyum kau tu..aku tau itu palsu...kamera kau tu..kerja bodoh time cuti..itu semua tidak mampu isi kekosongan kau tu...itu semua alasan saja..kau penakut sebenarnya...sangat-sangat penakut..." keras sungguh suaranya. Dia bangun dan berlalu.

Mataku mengekor dia dari belakang. Dan dia hilang. Aku menarik nafas dalam-dalam. Dan lepas sangat perlahan dan berat. Aku menghirup kopi 'o' suam hasil tangan sahabat ku.

"penakut???.." bisikku dalam hati. Sunyi lagi.

No comments:

Post a Comment