Thursday, May 6, 2010

Dia datang sekejap..dan pergi lagi

Petang itu hati ku terasa ingin sekali ke jeti. Lepas membuat sedikit kerja, aku dengan langkah yang sangat ringan berjalan ke sana. Seperti biasa, angin petang di jeti sangat nyaman. Angin bertiup perlahan dan membuai lembut rambut lurusku yang sudah panjang melepasi bahu. Aku menapak perlahan ke hujung jeti. Aku duduk dan menjuntaikan kaki ku yang tidak berkasut jatuh mencecah air tawar masin. Kaki ku tenggelam paras buku lali. Sejuk. Aku melihat bebayang ku sendiri di permukaan air. Mata ku tutup rapat. Terasa angin petang bertiup perlahan dan membuai lembut rambut ku.

******

"Hai.."

"Hai my love...how are u?..so lama kita tak sembangkan....rindu lama tak tengok u....asyik-asyik duk menghadap picture u je..."

"U busy sangat kan...I macam biasa saja...sekarang tengah sibuk buat kerja luar...ada 7 kontena mesin sampai..." Aku senyum dan menoleh ke arahnya. Dia senyum. Kaki kami berlaga antara satu sama lain di permukaan air tawar masin itu. Air percikan terkena muka dia dan aku. Dan kami ketawa.

"Wahhh..sekarang u pun dah pandai out station erk..ada peningkatan. I suka ur spirit.. Yup I so busy lately tau.. pening kepala I..semalam kereta I pula rosak...sedih woo...emmm...lama tak jenguk our blog.....dah ada penambahan ke?" Dia senyum. Tangannya mengusap lembut rambut ku yang hampir menutup muka ku. Kaki kami berlaga antara satu sama lain di permukaan air tawar masin itu. Air percikan terkena muka dia dan aku. Dan kami ketawa.

"Oh ye ke...kesiannya.."jawabku melirik manja.

"Adalah sikit-sikit penambahan....so Helmi Junior macam mana..sihat?" tanya ku.

"Tu lah pasal sedih tau...Helmi Junior masuk wad balik..tertunggu-tunggu mama angkat call tau..I sedih u macam dah nak menjauhkan diri je.." Dia berpaling pada ku.

"Bila???...napa tak bagitau I pun?...cuba u cakap, macam mana I nak dekat kan diri? ...." Kaki ku tidak lagi bermain air. Aku memandang dia. Sayu. Dia menarik naik kakinya dan duduk bersila menghadap betul-betul di sebelah ku. Dia menumpang dagu di bahu ku. Aku biarkan saja. Senyap. Kaki kami tidak lagi berlaga antara satu sama lain di permukaan air tawar masin itu. Tidak ada percikan air yang terkena muka dia dan aku.

"Dia masuk wad hari isnin... itu lah sayang...I honestly rindu sangat saat-saat kita macam dulu tau... tak tau nak buat macam mana.." Dia tidak lagi menumpang dagu di bahu ku.

"Nanti kirim salam kat Helmi Junior ya.. takpe mesti dia cepat sembuh sebab mama dia kan ada.." Aku melempar senyum pada kejauhan luasnya pandangan di jeti itu.

"I pun sangat rindu..tapi I tak boleh nak buat apa..kadang-kadang bila I sms, u tak reply..I sedih sangat..tapi takpe...mungkin u busy..." kata ku sambil memujuk diri sendiri. Dia diam. Perlahan-lahan aku menghayun kaki bermain air tawar masin. Senyap.

"Yup.. I really sorry..ur sms hari tu, I tengah tension sangat-sangat tau... semua call dan message I tak jawab..sorry sayang.." Jelasnya dengan nada perlahan. Dia mengusap lembut rambut ku.

"Tension??...pasal kerja???" tanyaku. Aku menjeling ke arahnya. Dia masih mengusap lembut rambut ku.

"Yup..pasal kerja lah sayang.."jawabnya pendek. Perlahan-lahan aku menghayun kaki bermain air tawar masin.

"Its ok...jadi kekasih gelap, memang macam ni... sekurang-kurangnya u masih ingat I lagi..." Aku menjeling padanya lagi. Aku melempar senyum pada kejauhan luasnya pandangan di jeti itu. Dia diam dan tidak lagi mengusap lembut rambut ku.

*******
Aku membuka mata. Aku mendongak langit.Biru. Aku menoleh ke kiri dan kanan. Kosong. Aku melihat ke permukaan air tawar masin dan aku hanya melihat diri ku sendiri. Dan perlahan-lahan aku menghayunkan kaki bermain air tawar masin. Dan angin petang tetap bertiup perlahan membuai lembut rambut ku dan air mata turut sama menyapa si angin petang. Sunyi.Sepi.

No comments:

Post a Comment