Wednesday, May 19, 2010

Tiada siapa yang tahu

"u tahu ka kenapa ada orang mau bunuh diri?"

"mungkin bila dia merasa sangat kosong, merasakan yang dia tiada apa-apa, jadi dia akan memilih untuk tiada lagi di muka bumi." jawabnya.

"Para samurai yang membuat harakiri kerana malu kalah perang...Romeo dan Juliet membunuh diri kerana kasih mereka yang terhalang. Pendek kata, pelbagai sebab yang menyebabkan orang itu mengambil keputusan untuk membunuh diri" jelasnya lagi

"tidak ada seorang pun yang tahu..melainkan diri si pembunuh diri itu sendiri.." kata ku. Aku membuang pandangan ke bawah. Terasa seperti air laut itu menarik-narik aku untuk terjun ke bawah dari tingkat 7 bangunan slipway. Dia diam dan memandang awan di dada langit, seperti mencari-cari sesuatu.

"banyak hal bila kita sendiri tidak pernah alami..kita akan bercakap itu dan ini.."kata ku lagi.

"tetapi, kadang-kadang orang bercakap itu dan ini berdasarkan kepada parameter yg telah sedia ada.."

"aku pernah pegi berjumpa kaunselor beberapa kali..durang cakap kaunselor ni ada pengalaman merawat orang yang 'jiwa kacau'...tapi tiap kali aku pegi...aku rasa macam dia buat lawak bodoh..hahahaha.." sekali lagi aku memandang ke bawah terasa seperti air laut itu menarik-narik aku untuk terjun ke bawah. Dia menarik bahu ku. Aku senyum. Mungkin dia takut kalau-kalau aku tiba-tiba terjun. Lucu.

"hahahaha....saya tak pernah percaya kepada kaunselor yg kununnya ada tauliah.. Saya tak pernah bersetuju dengan Dr Fadzilah Kamsah..." katanya sambil ketawa besar.

"orang tidak akan faham...aku pernah berada dan mengalami situasi itu...dan hanya aku yang tau kenapa ada orang mau bunuh diri.." aku memandang lagi ke bawah. Dan air laut itu tetap seperti menarik-narik aku untuk terjun ke bawah.

No comments:

Post a Comment